gudbye kuching,sarawak.. |
Hari ni baru teringat nak update tentang sesuatu perkara..Yang membuatkan aku teringat apabila Mama Haikal bagitahu yang dia akan berangkat ke Kuching Sabtu ini (1 oct 2011)..Yeahh..kami memang kawan rapat sejak dulu lagi..Sehinggakan trip percutian kami pun hampir sama..Kalau ikutkan Mama Haikal akan pergi Kuching dulu dan pada plan asalnya aku pula akan ke Kuching 7oct ini..Tiket semua dah booked,hotel semua dah kasi setel la..Sampai sana tinggal check in je..
Memang excited sangat nak ke sana..Tapi,last minute perancangan yang dah dirancang sejak bulan Mei ni terpaksa dibatalkan..Atas sebab mak ayah aku yang akan berangkat ke Tanah suci pada 8 oct..Means,selepas dari aku pergi Kuching..Aku pun tanpa memikir panjang,aku cancelkan terus percutian aku ke Kuching walaupun tiket flight melayang begitu saja..Aku tak rasa sangat kerugian tu..Tapi aku akan rasa rugi apabila tak dapat tengok mak ayah aku berangkat..
Amat sedih sekali apabila mak aku cakap macam ni...
Mak : Takpe la..auntie lin pegi je la Kuching..Sayang tiket dah booking semua..
Aku : Tak la..elin cancel trip kuching tu (masa ni belum bangitahu lagi kat member2 yg join percutian ni)
Bagi aku, apa sekali yang datang,aku akan cuba letakkan family aku no.1..!!! Dan bila aku inform kawan2 ofis yang aku x dapat join,dorang mcm agak sedih la...haha..konon je sedih yea..Tapi,aku tak tahulah sama ada dorang proceed percutian ini ke tak..Aku memang spend masa 2 minggu i untuk bersama mak ayah aku dan membeli kelengkapan untuk dorang..Kadang2 ada je menda kecik2 yang lupa nak dibeli..Bermula 27sept sehingga 12oct aku mmg kurang sikit datang ofis..Kebetulan selepas keje malam aku ada off day..So,gunakan sebaik mungkin off day tu..
lambaian kaabah... |
Malam tadi,tengah aku bersiap-siap nak pergi keje malam,mak dok kat tepi katil aku..Menengok anak daranye ni bersiap..Pastu mak buat ayat touching lak..Macam biasa la,walaupun touching macam mana pun aku,aku tak nak sangat tunjuk depan orang tua tu..
Mak : Nanti Auntie Lin mesti sunyi kat umah..Sian anak mak tinggal sorang2..
Lin : Mmm..memng sunyi pun..tapi nanti elin keje je la siang malam..tak de la rasa sunyi sangat..
Mak : Kumpul duit ye sayang..
Aku pun terus kuar dari bilik,konon dah siap la nak pergi keje..Huhu..padahal tak mo lama2 bercakap tentang soal tu..Insyaallah..pandai la elin jaga diri nanti..Ok..buat masa ni yang pasti akan menghantar mak+ayah+along ke Kelana Jaya adalah aku (yg membawa bakal jemaah haji ni,dorang naik kereta saya), Kak ngah & family yang turun dari Kulim, Adik aku yang turun dari Shah Alam (elehh..sejengkal je), En.Tunang saya, serta Kak Jun & tentera2 nya..Kak Uda tak dapat nak balik..sepatutnya dia balik minggu ni tapi anak dia kena demam campak pulak..Sedara-sedara yang lain tak tahulah..Anak-anak tu wajib ada kan..
Insyaallah ari Sabtu ni (1 oct 2011) mak+ayah+along saya mengadakan kenduri doa selamat selepas asar di kediaman saya di Sentul..Mungkin sedara-sedara belah mak ramai yang turun dari Johor..
No comments:
Post a Comment