Showing posts with label aidilfitri 2011. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri 2011. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Sambutan Aidilfitri Unit Hasil,HKL...

Assalamualaikum semua..

Syawal hampir tiba ke penghujungnya dan sudah pasti banyak rumah2 berebut-rebut untuk mengadakan rumah terbuka di hujung2 minggu ini..Bukan setakat rumah,malah di ofis-ofis jugak..Tak kurang juga ofis aku iaitu Unit Hasil..Untuk tahun ini, unit aku menjadi tuan rumah..Pada tahun-tahun sebelum ini,kami hanya berkongsi saja dengan Cawangan Kewangan..Tapi,tahun ini ingin merasakan kelainan so,dengan kata sepakat dari semua maka kami menjadi tuan rumah...Majlis bermula pada jam 10.30pg dan tamat sehingga semua makanan habis..hehe..Memang sangat meriah..!!!Dan semalam adalah hari tanpa kawal makan..Makan semua makanan yang ada tanpa ragu..tanpa risau lemak yang bakal dikumpul...Jom layan gambar2 sekitar majlis rumah terbuka Unit Hasil,HKL yang berlangsung pada semalam 22 September 2011..

saya yang berbaju hijau..tp,itu bkn baju raya saya..
Antara bunga2 di ofis..
Antara juadah yang dihidangkan...
ulam-ulaman...
nampak sedap dan comel x..???? Inilah door gift yg diberikan kpd tetamu yg hadir..Tuala kecik..Jangan tertipu tau...
meh letak sekeping gmbr cik Erdeeana Isma ni..







orang-orang kuat dapur..
Majlis dimulakan dgn bacaan doa...
baju green color..cup cake must also green color..
saya dan en.bos sedondon pulak...
dan juga sedondon dgn gadis ini...;)

Finally,inilah gift untuk semua staf Unit Hasil...
Itu saja gambar-gambar yang berjaya ditangkap..Hasil tangkapan dari kakak2 ofis ni..Aku serahkan camera aku ni pada mereka..Maklumlah ownernya sibuk melayan patient di kaunter..Anyway,sungguh meriah sangat..Diharapkan tahun depan dapat ketemu dan berkumpul seperti ini...Insyaallah..

NOTE : En.Anip pastinya akan rajin nengok2 blog ni kerana kami sudah lama sangat tak ketemu..Mesti dia nak tahu perkembangan pada diri ini dan pembesaran badan ini..hahaha..sesungguhnya,ramai kawan2 saya kata,saya gmoksss...!!! Jangan tak terjah blog ini ye En.Anip...;)

**Minggu depan en.anip pulang ke KL..haha..malu2 la nak jumpa dia..Sebulan tak sekali ketemu..nasibb..

Sunday, September 4, 2011

Suasana Hari Raya Aidilfitri...2011 (Part 2)

Halooo..Part 2 bermula....

Balik beraya kali ni lebih daripada meriah sbb semua umah sedara yang tua2 dapat kami pergi..Mak kata,kita yang muda ni kenalah kunjung yang tua apatah lagi bila kita dengarkan mereka kurang sihat..Nak tunggu tahun depan,ntah dapat jumpa ke tak,kita tak tahu..Jadi,selagi ada kesempatan ini dan keterlanjuran kami semua balik beraya di kampung,dapatlah jenguk2 mereka yang sakit ni..

Raya 2011 tahun ini lain dari yang lain..sebab bermula tahun ini kami semua tidak lagi jejakkan kaki di umah pusaka  arwah Nyaie dan Yaie belah ayah aku lagi..Umah pusaka tu harus dikosongkan oleh sebab2 tertentu..Jadi,sebagai kenang-kenangan sebelum rumah pusaka itu dirobohkan menyembah bumi,aku mengabadikan 2 keping gambar ini buat tatapan satu hari nanti...Inilah rumah yang aku kenali Nyaie dan Yaie sejak aku kecik lagi..Umah inilah tempat pertama yang kami sekeluarga tujui setelah tiba dari KL..Di bahagian depan umah pusaka ini masih tetap tidak berubah..Masih dikekalkan rekabentuk lama cuma bahagian dapur saja telah diubahsuai..Tapi,apa saja yang kita boleh buat..Ini bukan milik anak cucu cicit Nyaie dan Yaie..Sayu pulak bila terkenangkan semua ini..

pemandangan dari laman rumah
tinggal kenangan...terasa hiba bila jejakkan kaki di depan umah ini..
Okehh itu berkisar kampung halaman yang kini bukan milik kami sekeluarga lagi..Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini..Hanya Allah yang lebih mengetahuinya..

Di malam terakhir aku dan family berada di johor,sepupu sepapat aku ni sibuk nak buat barbeque..seronok sgt..tp yang membakarnya sorang je..tp yg menengok ramai..hihi..bakar ayam and ikan untuk dijadikan santapan malam..

sesi pembakaran baru saja bermula..baru nak idupkan bara api..

taraaa...oowhhh ayam...yummmyyy...!!!!
antara hidanagn pada malam itu..
Itulah serba sedikit aktiviti yang dibuat sebelum kaki melangkah meninggalkan bumi johor..Amat seronok..dan tersa keakraban kami bersaudara..dulu x la serapat ini..mungkin masing2 dh besar kot..dan masing dah pun berjaya..setelah 4 ari aku dan family berada di kampung dan tibalah masa untuk pulang..sebelom pulang abadikan kenangan sebelum keluar,,hikhik..

nak blk kl,pakai jeans je..xde nak singgah beraya mana2 lgi..
So,thats all Suasana Hari Raya Aidilfitri 2011 punya cita..Yang pasti,pada tahun hadapan aku x merasakan sume ini kerana aku kena bekerja pula..Sedey..Cehh persiapan mental and fizikal yang terlalu awal..Insyaallah,akan pulang juga ke kampung sekiranya ada kesenangan..













Suasana Hari Raya Aidilfitri...2011 (Part 1)

Assalamualaikum..

Sekian lama meninggalkan blog ini dan hari ini barulah berkesempatan mengupdate ini blog..Semuanya berkisar tentang Aidlifitri yang baru saja lepas..Walaupun Aidilfitri selama sebulan..Alhamdulilah syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ini hingga ke ari ini..Perjalanan aku ke kampung pada 29 Ogos dan kami bertolak ke kampung lewat sedikit dari perancangan asal..Perancangan asal untuk pulang ke kampung sebaik sahaja selesai bersahur..Tp,pada 29Ogos pagi tu ujan lebat teramat sangat dan meminta diri ini supaya bermalas-malasan terlebih dahulu..Dan tepat pukul 9.30pg barulah kami sekeluarga bertolak ke kampung..Perjalanan teramat lancar dan membuatkan saya pecut hanya 110km/j saja..Ingt pesanan org tersayang..Balik kampung kali ni mmg xde pecut sangat.Memandangkan banyak speed trap dan OPS SIKAP..So,memandulah dgn penuh berhemah..Itupun kami semua tiba di kampung awal..Perjalanan hanya 3jam saja..Inilah rekod pertama yang berjaya aku pecahkan dari KL-Pontian,Johor..Pukul 12.30 tghari kami semua selamat sampai di kampung..Alhamdulilah...

Biasalah,setelah tiba di kampung,sudah pasti driver teramat letih dan memerlukan tidur untuk merehatkan mata ini..Aku tidur dari tghari tu dan bangun semula pada pukul 6ptg..Di saat-saat org lain tgh sibuk memasak untuk menyiapkan juadah berbuka puasa..Buruk perangai anak dara ni kan..??Tolonglah jugak mana yg patut..Xdelah terus dok bersila ngadap makanan tu..

Sepanjang aku kat kampung,aku dihidangkan makanan favorite tunang tersayang..Apa lagi kalau bukan burasak..Sibuk suruh i buat tau..tapi kat kl ni mana lah nak cari daun pisang muda..Kat kampung lain lah..tebang je pokok sebelah umah tu..nak tahu macam mana rupe burasak tu...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


burasak ni boleh dijadikan pengganti kepada lemang/nasi impit/ketupat..boleh dimakan dgn rendang @ apa shj..
Tak terkilan sangat lah sebab en.Anip turut dapat rasa burasak ini..Ohh ok,raya pertama saya bersama keluarga tersayang dan en.Anip..Dia datang ke kampung saya..walaupun dia datang telah lewat petang,tp kehadiran dia amat dinantikan kaum sedara aku..Time ni la untuk kenal bersama saudara2 aku yang teramat ramai tu..Dan bila pulang ke kampung,x sah la kalau x diuji kan..kalau perempuan,sudah pasti diuji dengan pelbagai ujian di dapur..dan lelaki plak antara ujian yanag bakal dilalui adalah menjadi imam solat jemaah..Jujur sejujurnya,sepanjang 10tahun aku mengenali en.Anip aku tak pernah solat berimamkan dia..Dan sewaktu raya pertama di kampung,en.Anip diminta untuk menjadi imam solat jemaah untuk fardhu Maghrib..Keluar saja dari bilik aku mampu tersenyum gembira kerana aku amati setiap bacaan surah yg dia baca dan tiada cacat celanya..Alhamdulilah..

Owhh lupa pulak,petang raya tu en.Anip datang dengan penuh segak sekali..Berbaju melayu cekak musang warna silver serta songkok tinggi..handsome and buat i tak terkata..oppsss sori,lupa nak amik gambar bersama dangan si dia yg handsome tu..Aku pakai baju apa...ini dia...

Inilah baju pemberian tunang tersayang yg telah di oter tu..



duit raya untuk mak ayah...;)
Itulah sedikit wajah2 di hari raya pertama..Ada lagi gambar lain..silalah tengok di fb saya..Kalau ikutkan ati mmg banyak gmbr nak ditangkap tapi,risau lak org kampung cakap ape asik berkepit ngan kamera je..Itupun ada sepupu tny "kenapa tangkap2 gambar ni..?" saya cuma cakap," mencari bahan untuk kerja.." padahal nak disumbat dalam blog ini..hahaha..Raya kedua,perhimpunan seluruh keluarga sebelah emak..Malangnya,kamera saya tertinggal di beg pakaian..selalunya,tak pernah dikeluarkan dari dalam handbag.Tapi memandangkan,handbag terlalu berat so, terpaksa la dikeluarkan..Ini gambar sekitar raya ketiga..

bersama pak busu (adik mak) & yg duduk sebelah kanan tu adalah mak saya..;)
wajah adik-beradik..sebelah mak adalah adiknya..sama x muka mereka..?
wajah kesayangan hamba..luv u mak..



okeh...cukup setakat itu sahaja untuk Part 1 ni..ada lagi Part 2..tp kene tungguuuuuu...!!!!

NOTE : En.Anip lupa nak mintak maap ngan saya..Padahal dah jumpa pun raya pertama tu..Heii kamu kena mintak maap jugak..kamu byk buat salah sama saya...okehhh...;)..Dulu masa zaman study,dapat jugak duit raya dari En. Anip..Tp bila dah keje langsung dia lupa2 nak bagi..mana bolehhh..

Saturday, August 27, 2011

Penatnya..hanya Tuhan saja yang tahu...

Malam ni merupakan 2 malam terakhir sebelum ramadhan meninggalkan kita..Pejam celik..pejam celik sekejap saja masa berlalu..Malam ni hati agak tersentuh mengenangkan Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dan Syawal pula menyusul tiba..Apatah lagi mendengarkan bacaan ayat2 suci Al-Quran yang berkumandang terusan dari corong speaker surau ni..Meruntun jiwa..Semoga Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dari-Nya setelah amal yang kita lakukan..Insyaallah..

Bercakap pasal topik atas tu..Haihh...mengeluh sampai raya ke 15 pun tak hilang-hilanglah..Mana taknya,entri sebelum ni aku ada cakap,nak kuar shopping bersama adik aku kan..??Masya Allah..punyalah ramai umat manusia kat ceruk2 jalan TAR tu..Masuk Sogo untuk mencari jeans,tapi lautan manusia je yang aku nampak..Jean ke mana,kitorg ni ke mana..Memang tak nampak ape dah..Sampaikan aku dan adik terus hilang mood untuk melihat jeans..Nak memilih 1 hal,susah ramai org..Pastu yg que utk fitting pun ramai..Nak bayar kat cashier pun beratur panjang..Haduuuiii...sesaknya..Aku rasa,seumur hidup aku 25 tahun ni,inilah kali pertama aku shopping last minit dimana,hanya tinggal beberapa hari nak raya..Dan tak pernah dibuat orang,shopping 2hari berturut-turut..Semalam ke JJ Setiawangsa dan hari ni ke Jalan TAR..Nasib baiklah naik motor ngan adik..Kalau naik kereta,alamatnya ntah tahun bila la sampai ke Jln TAR tu..

Dalam masa 1 hari,aku dapat menyiapkan bermacam-macam kerja..Dasat x..???hehehe..Dari lepas sahur,aku langsung tak tidur..Pasang langsir rumah..barulah ada mood nak raya bila langsir dah bertukar rupa..hikhik..Setel je pasang langsir, aku bancuh bahan2 untuk buat kek coklat kukus (favorite En.Anip ni)..dah setel kukus,bersiap-siap plak untuk kuar ke Jln TAR..Tapi sebelum gerak ke Jln Tar tu haruslah bertemu kawan tersayang memandangkan dia pun nak gerak balik ke Jengka,Pahang..Dan kami pun bermaaf-maafan dan bercium-ciuman la..huhu..sebak pulak bila rasakan saat itu..Dan aku hantar Mama Haikal sampai ke kereta..Selesai hantar Mama Haikal ke kereta,aku pun terus gerak ke umah Along untuk hantar kereta aku untuk diservis..Hahaha..nak balik kampung barulah sibuk nak servis kan..???Nasib baik ada along..Dan baru kejap tadi,along call, kete aku sudah siap diservis dan cuci sekali..Tq very much la...!!! Barulah yakin nak bawak kereta tu berjalan jauh pas ni..

Dan pada malam ini,bila bermacam-macam keje telah setel,barulah terasa penat yg amat..Kaki mula terasa lenguh..Macam tulang nak tercabut je..Baju2 untuk balik kampung belum packing lagi..Pape pun,esok wajib di packing..Walaupun dalam kepenatan, aku tetap luangkan masa untuk update blog ini..Tak mo sampai bersawang-sawang..hikhik..Lepas ni lak aku akan giat mengupdate suasana hari raya kat kampung pulak dgn baju raya yg berpasang-pasang tu..

Baru2 ni En.Anip bertanyakan sesuatu...

En.Anip : Pagi raya nanti pakai baju warna ape..?
Tunang En.Anip : Tak tahulah..i bawak baju tunang kite tu,bj kurung biru 2 psg,maroon,and baju cotton yg u  bagi tu..Kenapa tanya..?Nak sedondon ke..?
En.Anip : Baju i bagi tu dah otter ke?
Tunang En.Anip : Dah siap otter..mak yg otter..
En.Anip : Nanti i tgok dulu baju melayu i yang ada..Boleh pakai sedondon...

(bunga2 dalam hati..)..Untuk tahun ni,kitorg tak sempat nak bershopping bersama.Apatah lagi nak menggayakan baju raya dengan color yang sedondon..Dan tak pernah berbincang pun utk tema color yg sama..Tapi tahun ni tak tahulah En.Anip nak sedondon pulak.Mungkin disebabkan dia akan berya kat kampung aku nanti..Aku tak berapa kisah sangat sedondon atau x..Bukanlah 1 perkara yang besar even dah kawen nanti pun..Tapi jgnlah tetiba kat atas pelamin sorang pakai lain color,sorg lagi lain color..Haru biru jadinya..hikhik..

So,kaki dan tangan telah sakit,maka lengkaplah pakej untuk arini..Rasanya nak tido sampai esok pagi..Haha..esok masih dan perlu lagi berpuasa..

NOTE : Apabila badan teramat letih dgn tugas seharian di pejabat dan menyelesaikan tugas2 dirumah, maka bila tidur tu bermacam-macamlah mimpi yang datang..Mimpikan anak buah yang kat Kulim tu la..boleh pulak berebut-rebut choclate dgn si Anas..haha..mcm2 la auntie awak ni Anas..Anyway,take a good care my dear..




Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri dari saya...


Wahh..bersemangat & terujanya apabila hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti pulang ke kampung untuk raikan Aidilfitri di kampung bersama sanak saudara...Pada tahun ini aku boleh senyum lebar sikit kerana kali ni aku dapat beraya di kampung..

Persiapan raya, alhamdulilah..semuanya beres..Cuma masih berpikir-pikir untuk menukar kain langsir rumah atau tak..Sebab langsir rumah tu baru saja dipasang sewaktu aku bertunang aritu..Tapi kalau terlebih rajin.memang aku akan tukar langsir tu..Cadangnya,bila dah bercuti ni nak buat kek coklat untuk dibawak pulang ke kampung dan beri kepada bakal mak mertua..Pastu nak teman adik aku shopping..bukan setakat teman,malah aku la yang akan mengeluarkan dana..Nasib baik adik sorang je kan..Dah jadi tanggungjawab i kann..So,berkemungkinan hari Jumaat dan Sabtu akan meraya-rayau di sekitar KL bersama adik tersayang..hihi..

Insyaallah saya akan pulang ke kampung pada 29 Ogos (Isnin) dan akan pulang ke KL pada 03 September(Jumaat)..Mungkin pada waktu tu highway mungkin tengah sesak dengan kenderaan kan..???Sudah semestinya aku la yang akan drive sampai ke kampung nanti..Doakan perjalanan kami selamat..Amin..

Di hari yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada rakan2 yang mengenali diri ini..Ku pohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki andai sepanjang perkenalan kita ini ada tersilap kata,terguris rasa..Maaf dipinta..Kepada yang memandu pulang ke kampung tu,berhati-hati di jalanraya..Semoga perjalanan anda dilindungi oleh-Nya..Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui...

Kepada rakan-rakan yang bekerja di Hari Raya ini,saya ucapkan...Selamat Bekerja..bekerjalah dengan seikhlas ati.dan yang penting,jangan nangis di pagi raya..(cehh pandai cakap org..mentang-mentanglah aku cuti)hikhik..

Kepada En Anip,sorry tak dapat nak berbuka sama untuk tahun ini but terima kasih banyak-banyak kerana sudi jugak teman aku berbuka di hospital tempoh hari..Bukan niat untuk letakkan kamu ketepi tapi tuntutan kerja..harap kamu faham yea..ketemu nanti di Johor Bahru..;)

NOTE : Adakah tahun ini tahun terakhir menyambut syawal dengan status bujang...???tettt...Allahualam..Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kawan-kawan..Maaf zahir batin dari saya,Nurzelinda Nahari sekeluarga...Muuuaahhh....