Showing posts with label wedding fiza. Show all posts
Showing posts with label wedding fiza. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Perjalanan ke Jengka

Sori sangat2 sebab hampir seminggu aku x sempat nak update blog ni..kesibukan yg melampau.Menyekat aku utk update blog ni..Hope u guys sihat hendaknya...Ok entri kali ni aku nak cite pasal 'MAJLIS BERTANDANG FIZA'..ataupun majlis perkahwinan belah pihak Sanusi..

Seperti yg dirancang, majlis belah Sanusi ini diadakan pada 20 Mac 2010 di Jengka 10..Inilah pertama kali aku jejakkan kaki di Jengka..Maklumlah aku x de sedara area Jengka ni..Kalau ikutkan perancangan aku akan satu kereta dgn Dzul(sepupu fiza)..Tp,disebabkan dia demam teruk teramat sangat,plan berubah..Aku 1 kereta dgn pengantin dan dipandu oleh Hud(sepupu fiza)..Tak kesahlah aku naik 1 kereta ngn sape pun..Janji aku dpt tgok kawan masa majlis bertandang ni..
Inilah sepupu Fiza yg sepatutnya bawak aku ke Jengka.Tp dia demam teruk plak..Sian dia..
Inilah sepupu fiza yg membawakkan kami ke Jengka..Cehh 'membawakkan'..Tak sedap sungguh bunyinya..


Bertolak dari Sentul dalam kul 10.20pg..Tak sangka plak ramai orang2 flat aku yg ikut rombongan ke Jengka ni..Memang sporting la org flat ni..Tak silap aku 8biji kereta sumenya..Memang byk kali berhenti-henti sbb x nak ada yg tertinggal..Adat la kalau kita bawak byk kereta ni..Tp sumenya x jadi masalah..Kami sampai mmg tepat pd waktunya..Sampai di Jengka kul 1.30 dan berhenti di masjid utk solat Zohor..Dah sumenya selesai solat,kami semua berjalan kaki ke umah Sanusi..Tak la jauh mana pun..Xsempat berpeluh pun..
Antara rombongan dari Sentul yg sudi datang ke Jengka.


Kebetulan memang kami sampai tu,prot tgh menari tenggo..apa lg..???belasah cukup2 la..Sedap btol masakan orang kampung ni..Licin..!!!Takde yg tinggal..Lupe plak,tempat duduk aku dah semestinya sebelah fiza..haha..dapat gak merasa lauk pengantin yg dihias cantik..Udang dicucuk cantik kat nenas..Kalau korang nak tahu, aku x penah makan semeja dgn pengantin tau..Ni la first time..Kalau bukan Puan Hafiza yg kawen,sure aku x merasa la sume ni..hehe..Disebabkan prot memang lapa tahap x ingat,sampaikan lupa nak snap gambar time pengantin makan..haha..Terbukti kebuluran kami2 semua..

Selesai makan,kami semua tak tunggu lama...Pukul 3.10ptg kami semua dah berangkat pulang..Sebelum balik bersalam dengan keluarga sebelah Sanusi..On the way nak ke parking kereta sempat aku bergambar dengan si Hud..Memang pada haritu aku ditugaskan utk merakam setiap detik2 majlis tu..


Sebelum balik aku sempat bersalam dgn kawan aku yg kene tinggal ni..Ermm aku x tahu apa yg dia rasa di dalam ati..Tapi,kalau aku la di tempat fiza,aku akan rasa sayu dan sedih..Ye la,mulanya kite datang beramai-ramai dan kini tinggal la seorang diri bersama suami tersayang di kampung yg sungguh asing ini..Aku x nampak plak air mata fiza yg mengalir..Tp aku nampak dia mengesat mata...Adakah dia mengesat air mata..???Puan Hafiza saja yg tahu..Situasi begini memang tidak asing lagi bagi mana2 perempuan yg baru sahaja mendirikan rumahtangga..

Time ni aku mula rasa sebak giler..Mengalahkan pengantin yg ditinggal lak..Sengaja je aku snap gambar ni dari dalam kereta..Cehh..konon baru la feel macam ditinggalkan kan..

Inilah lambaian pengantin yg ditinggalkan di Jengka..Takpe,bukan lama pun..Hope enjoy dan dapat gak merasa suasana kampung yg bagi aku sungguh aman sekali...Selesainya majlis bertandang ini, maka berakhirlah sudah majlis perkahwinan Fiza dan Sanusi..Semoga memori perkahwinan ini kekal dan segar dalam ingatan kalian berdua...

Note : Semoga sepupu fiza yg demam tu kembali sihat..Dan kpd kawan aku ni a.k.a Fiza,udah2 la cuti tu..dan selamat memulakan tugas..



Monday, March 15, 2010

Kini kamu bergelar PUAN secara rasmi...

Alhamdulilah..syukur kpd Allah s.w.t kerana majlis pernikahan fiza dan majlis persandingannya telah berjalan lancar dan selamatnya..Kini dia telah pun bergelar PUAN HAFIZA..Isteri kpd WAN MOHD SANUSI BIN WAN MOHD NOOR..

Majlis pernikahan telah diadakan pada 13 Mac 2010 di surau At-Taqwa, Taman Sentul Utama.Majlis pernikahan telah diadakan selepas solat Maghrib..Semua tetamu sempat menunaikan solat maghrib terlebih sebelum majlis akad nikah bermula..Majlis akad nikah bermula agak lewat kerana pengantin perempuan nak solat terlebih dahulu memohon keberkatan dari Allah s.w.t...Selesai solat,fiza disolek oleh mak andamnya..Bersolek utk majlis yg besar bukan lah mengambil masa yg singkat..Ini penting utk memastikan bakal pengantin nampak berseri di majlis..Di surau,Tok Kadi telah mengumumkan kelewatan pengantin perempuan.Ini menimbulkan kerisauan para tetamu..

Tepat 8.15malam,fiza turun ke surau dan aku mengiringi langkahnya..Itu permintaan fiza utk bersama dia disisi sepanjang malam itu..Dari rumah hinggalah ke surau dan dari surau hinggalah ke pelamin...Apabila kaki hendak melangkah ke surau,terpancar wajah risau fiza..Sempat aku pesan kat dia "tarik nafas panjang fiza..rilex ok"..Pesan aku yg konon macam ada pengalaman dalam situasi begini..hehe..

Setiba aku dan fiza di surau,mata para tetamu tertumpu ke arah fiza..Di setiap majlis perkahwinan,wajah pengantin perempuan pasti menjadi tumpuan...Langkah fiza laju ke hadapan dan duduk berdekatan dgn tok kadi..Aku masih di sisinya..Majlis akad nikah dijalankan secepat mungkin memandangkan solat isyak hampir hampir masuk waktu..Tok Kadi sempat mengajar Sanusi lafaz akad nikah..Muka Sanusi nampak sedikit nervous..Itu perkara biasa di kalangan bakal pengantin yg akan diijabkabilkan..

"Aku terima nikahnya HAFIZA BINTI ABDUL LATIFF dengan mas kahwinnya RM80 tunai.."

Dengan sekali lafaz,kini fiza bergelar isteri kpd Sanusi..Sanusi menekup muka tanda syukur kpd Allah..dan aku turut syukur...Fiza dah mampu melemparkan senyuman..Jejaka pujaan menjadi miliknya kini..
Sesi menyarungkan cincin dan batal air sembahyang dilakukan selepas solat jemaah isyak..Memandangkan waktu isyak dah masuk..Ada perkara mencuit hati para tetamu pada waktu batal air sembahyang dan sesi fotografi pada waktu itu..dan mengundang gelak besar di kalangan tetamu..Sanusi amik masa yang lama utk pakaikan gelang pada tangan fiza..Susah utk lock gelang tu..X tahulah ayt apa yg sesuai digunakan..Tp utk memastikan gelang itu x tercabut la..dah lepas sarung cincin n gelang,en.pian (selaku favorite photographer fiza) minta sanusi utk cium dahi fiza..Itu scene biasa dlm mana2 majlis kahwin..Yang mengundang gelak besar para tetamu apabila Sanusi nak cium dahi fiza,secara spontan fiza mengelak..Bukan setakat sekali dua..Banyak kali..Mulanya si fiza ni suakan dahi dia,pas tu plak dia boleh mengelak dan toleh tempat lain..Macam mana la org x tergelak dgn gelagat pengantin ni..




Akhirnya setelah percubaan demi percubaan, berjaya juga..gambar atas ni pun acah2 je..bukan kene pun kat dahi fiza..Naseb baik en.pian pandai, konon mcm nmpk sanusi cium dahi fiza..Excellent..!!!

Selesai majlis di surau,pada malam yg sama berlangsung 'Malam Berinai'..Malam berinai ni terkenal di negeri Johor..Kebiasaannya busana malam berinai adalah songket.Pada mlm itu fiza dan sanusi mengenakan busana songket dari color ungu tua..nice..!!!Malam berinai ni aku diminta oleh pengantin perempuan utk jadi pengapit dia..dan bagi pengapit lelaki pulak adalah Jeff..Kawan 1 ofis fiza dan sanusi..Aku digandingkan ber2 dgn Jeff..Inilah first time aku jumpa Jeff tp bole ngam..!!
Majlis Malam berinai tamat pada kul 11lebih jugak la..Memang ngantok teramat sangat dan x sabar utk bertemu dgn bantal busuk ku..hehe..zZzzZzZz...

Pada Ahad 14 Mac 2010,pagi2 aku dah pun berada di umah Fiza..Sbb pagi ni ada majlis Khatam Quran diadakan di dewan..Aku wajib ada!!Yesszaaa..walaupun bukan aku yg khatam quran,aku sekadar menemani fiza..Dan aku turut sama2 membaca surah2 yg dibaca..(hanya surah yg aku hafal)..Kan elok..kite pun sama2 dapat pahala..Lupa plak..Adik fiza (Syafiq) turut sama2 khatam2 Quran..Majlis Khatam Quran x la lama sgt..Pukul 11.20pg dah pun selesai dan tinggallah makcik2 marhaban di dewan ni..
Fiza pun naik ke umah utk bersiap-siap di make-up kan utk majlis sandingnya..Aku lmbt join masa majlis sanding ni sbb kene tunjuk jalan keluar kat sedara fiza yg nak balik johor..Jes tunjuk jalan nak ke highway saja..Aku turun ke dewan jam pukul 2ptg dan time tu pengantin dah pun diarak dan paluan kompang pun dah berbunyi..Kirenye aku lewat jugak la..dan ayat fiza yg buat hati aku sebak adalah...

Message Fiza : Kau rasa sampai umah pukul brp?

Message aku : Kau sanding pukul 2 kan..?Kalau kul 2 sempat..sempat sampai..

Message fiza : Ak ah kul 2..Jangan kau xde time aku sanding..Sedih aku..

Message terakhir tu la buat aku rasa sebak dan terharu..dan aku mempercepatkan setiap langkah aku supaya aku x lewat dan sampai sebelum fiza bersanding..Aku x dapat nak join sama dalam dewan utk tgok fiza bersanding kerana fiza telah amanahkan kat aku utk handle goodies bag..So kene laksanakan tugas sebaik mungkin..Itupun timbul rasa bersalah kerana pada awalnya goodies bag xde sape yg handle..so sori dear...

Ramai kawan2 sekolah menengah yg hadir..Seumuanya berkumpul di majlis kawin fiza ni..Elok jugak mcm tu kan..kire mcm reunion la..Majlis tamat pukul 4 tp masih lg ada tetamu yg hadir..Tamat je majlis,ujan selebat-lebatnye..Hujan rahmat..Oleh kerana ujan lebat,kami menggunakan masa yg ada utk berposing sakan..Nak balik umah pun x bole kan..Pengantin dah kuar utk sesi fotografi di luar (outdoor) bersama en.pian..So,kami menghuru-harakan pelamin..hehe...
Once ujan berenti,kami pun beransur pulang..Maklumlah..dah penat bergambar la katakan..Aku pun pulang ke umah dan x sabar utk landing di katil..Ooo Ye..kpd sesiapa nak tgok gambar kawen fiza,tgok la di facebook saya..kat situ lebih byk lg gambar yg meletop-letop..haha..letop ke..???So,kpd kawanku Hafiza...kamu kini telah pun menjadi milik orang dan isteri orang..dan anda diisytiharkan gugur dari senarai persatuan kami2 yg bujang..hehe..Love u laa...(*_*)

Note : Selamat Pengantin Baru.Semoga kekal hingga akhir hayat.Tabah menghadapi dugaan dan rintangan dalam berumahtgga..Jangan cepat melatah sekiranya ada rintangan yg mendatang..Sentiasa di sisi suami ketika senang dan susah,sentiasa beri semangat kpd suami(pesan arwah ayah kau) dan selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri..Tahniah fiza dan sanusi..Semoga kebahagiaan mengiringi rumahtgga korang berdua..Kalau arwah ayh kau masih hidup,mesti arwah akan tersenyum gembira melihat ank perempuan bongsunya kini bergelar isteri orang...

Saturday, March 13, 2010

Apabila inai di jari...

I have wonderful day...!!!Arini aku sempat la update blog aku ni buat tatapan kawan2 ku tersayang..Mesti ada yg merindui diri ini..Maklumlah semalam on leave..Semalam dapatlah aku bangun lewat sikit dari kebiasaan..Rasa badan ni lega sgt apabila dapat tido dengan puas dan tanpa gangguan sesiapa...

Hari Khamis malam (11 mac 2010) aktiviti utk memakai inai terpaksa dibatalkan sebab inai nye belum siap dan belum boleh dipakai..Tak mengapalah..Tapi aku tetap turun menemani fiza..Orang catering tgh sibuk memasang kanopi..wahh awalnya mereka pasang kanopi..Mungkin terlampau byk persaingan.So,mereka kena lah pasang awal2..Bile kanopi2 tersergam indah dan dihiasi scallop berwarna pink putih aku mula la teruja dan semacam x percaya..Adakah ini majlis kawan baikku..???hehe..Wedding planner fiza pun turut hadir sama utk meletakkan kelengkapan di dalam dewan..kelengkapan utk membuat pelamin yg aku maksudkan..Apabila 2 biji kerusi utk mempelai masuk,aku macam tergamam seketika...Makk aii besar btol kerusi tu..Dalam hati berkata, "macam manalah kalau aku yg duduk kat kerusi tu ek..???Sure tenggelam la"...aku lupa plak nak tangkap gambar 2 biji kerusi yg cantik sangat tu..Dan yang paling aku takuti...hehe..aku adalah insan terpilih utk mengipasi pengantin di hari malam berinai nanti..Fullamak..kipasnye lebih kurang tinggi aku..mcm mana aku nak pegang nanti ek di malam berinai nanti..dgn beratnye..xpe..xpe..small matter..

Malam jumaat tu xde la aktiviti sangat..persiapan pun kebanyakannye sudah selesai..Dan hari yg ditunggu-tunggu telah tiba..jeng..jeng..Jumaat (12 mac 2010) dari tengahari aku dah pun bermastautin kat umh fiza utk setup kain batik dan kain pelikat yg bakal diberikan kepada orang2 marhaban dan juga kompang..Selesai buat menda tu,aku curi tulang balik ke umah sekejap utk lelapkan mata..Sempatlah lelap dalam setengah jam..Kemudian pukul 6 aku pulang ke umah kedua ku a.k.a umah fiza..utk masukkan telur di dalam bunga pahar..dan aku menunjukkan skill aku mencucuk bunga pahar itu di pasunya..Cuba menunjukkan bakat terpendam..hehe..Lama jugak aktiviti ini dilakukan..dari pukul 6 petang sampai la ke pukul 11.30 malam..Dan pukul 12mlm bermula la aktiviti memakaikan inai di jari bakal pengantin..Bila aku nak letakkan inai di jari pengantin buat pertama kali,tiba2 fiza kata, "arghh..takutnya.."
Apalah yang fiza sedang rasa saat tu ek..aku x penah melalui saat2 itu..Selama ini tugas aku hanyalah memakaikan inai di jari orang..dan orang belum penah lagi memakaikan aku inai..haha..memanglah..aku kan belum kawen lg..Mungkin perasaan yg fiza hadapi saat itu akan aku rasa juga 1 ari nanti..

Aktiviti memakaikan inai di jari fiza bermula dari pukul 12mlm dan tamat pada pukul 1.00mlm..Lama giler..eh,kenapa ayat aku arini begitu skema ek..???xpe..janji korang paham apa yg aku nak ceritakan..inai diletakkan pada kaki dahulu kemudian barulah tangan.Selesai je letak inai kat kaki cik fiza,aku suruh dia tido.Aku tengok dia pun letih giler..Sebagai pengantin,dia kenelah cukup rehat.Kalau x,nanti nampak muke pengantin penat bile kat atas pelamin..

Note : Muka ku terpaksa di crop kerana tak pakai tudung..haha..sori guys..:)

Selesai sudah di bahagian kaki...Next,tangan..!!!



























Inilah hasilnye...

Sebagai tanda menyokong dan memberi semangat pada kawan aku ni, aku pun sama2 pakai inai tp bukan semua jari tau..tangan sebelah kiri je..bukan x nak buat dua-dua belah tangan tapi,xde sape nak tolong buatkan..sedih..hahaha..

Inilah hasilnye kreativiti memakai inai hanya dengan sebelah tangan sahaja.
Note : Utk makluman,ini tangan aku sebelah kiri ye..dan itu bukan cincin risik or tunang.Itu cincin pemberian mak ku..Harap maklum..

Ok guys,tunggu next entry i yea..Di majlis pernikahan cik fiza pada malam ini dan majlis resepsinye pada esok hari..mmmuuuaahhh....


Note : Jatuh saham aku bile aku pakai inai...Mesti orang ingat aku baru kawen...haha..

Thursday, March 11, 2010

Di saat akhir sebelum DIA bergelar PUAN

Yeehhaaa...arini dah pun ari khamis..esok jumaat..lusa SABTU..jeng..jeng..Wahh sungguh terujanya aku bile memikirkan saat2 itu..Sebagai kawan baik dan kami berkawan dari kecik sampai ke besar ni,sedikit sebanyak aku merasa perasaan yg sama dirasai oleh cik hafiza..Kalau dia sedih,aku turut rasa sedih..Dia gembira,aku tumpang gembira..Ok..ok..talking about this girl ermm i'm really proudly with him..sebab apa..???dalam ramai2 kawan kami,dia laku dulu..haha..!!!Boleh masuk Book Of Record sbb fiza org pertama yg berkahwin antara 40pelajar di dalam kelas kami dulu (5 Mulia SMK Puteri Wilayah)..Congrats dear coz pecahkan rekod..!!!(*_*)

Anyway,tomorrow i on leave utk tlg fiza siapkan persiapan terakhir sebelum majlis..Dia tersangat perlukan aku buat masa ni..(perasan sendiri)..so, tak salah kalau aku ambil cuti demi kawan aku ni..

Aku teruja utk bagitahu sume tentang aktiviti malam ni..cettt..!!Ok memandangkan malam ni malam jumaat,ada orang2 tua bagitahu,elok pakai inai di malam jumaat..May be sunat..So,dengan rela hatinya aku and jijah akan bersama-sama turun padang utk memakaikan inai pada jari bakal pengantin ni..Ape la yg bakal jadi kan..hehe..Ntah jari sape-sape la yg dulu pakai inai..Masing-masing sibuk nak pakai inai walaupun waktunye belum ketahui lagi..Bukan apa,jangan salah paham..Kawan2 pakai inai supaya bg semangat pd pengantin utk memasuki alam berumahtangga dan kami2 yg belum kawen ni sekadar amik berkat aje..Mana la tahu jodoh nak sampai..Time majlis plak bertamu soul mate..(",)...Siapa tahu..?Itu kuasa Tuhan..wahh..pandainye berbicara kalau bab2 tu..

Ok persiapan tentang bakal pengantin mmg tip top la..MISSION COMPLETE..!!!Cuma tunggu dinikahkan saja..Persiapan diri aku utk majlis cik hafiza ni..???Pun dah COMPLETE..Hehehe..Pagi ni hati sedikit teruja sebab baju utk majlis kawen fiza dah pun siap..kebaya nyonya warna pink..Kain kebaya nyonya ni adalah hadiah besday aku tahun lepas dari cik hafiza dan cik suryana..Rasanya ini pertama kali aku menyebut(DLM BLOG) nama kwn baik aku yg lg sorg ni...Yea..CIK SURYANA..Lama jugak kain ni tersimpan..Dan awal bulan mac aritu aku hantar utk tempah sempena majlis persandingan cik hafiza..Ok,baju utk sanding dah siap..!!!Baju utk majlis nikah & malam berinai pun dh ada..Aku beli siap je..Aku beli warna light purple..Cantik baju tu..Beli kat First Lady..Harga pun berpatutan..Time beli baju ni,punyalah aku sorok2 dari mak..Bulan ni aje berapa pasang baju yg dah aku beli..Mmg patut pun kene bebel..Pastu mak aku mengeluarkan ayat yang paling best didengar dan membuatkan aku beringat...

Mak : Ingat..nanti dah keje government 3 bulan x dapat gaji..Makan la baju2 yg baru beli tu..

Aku : Iye mak..ni last..!!!

Haha..banyak la last aku..Tapi betul gak apa yg mak aku cakap tu..Lepas ni,saya berjanji tidak akan shopping lagi..hehe..Tak pe,kalau ter short gak duit,pinjamlah dengan Menteri Kewangan a.k.a mak ku tersayang..hehe sayang mak..(bodek mak)..

Ok2..tomorrow on leave..apa buat ek..?? Mungkin aku menghabiskan waktu di rumah fiza..the whole day...So,wait for next entry yeahh..!!!

Note : Aku doakan semuanya berjalan lancar dan tiada perkara yg x diingini berlaku..Semoga Allah memberkati majlis pernikahan dan persandingan sahabatku ini..Jauhkanlah dari segala perkara yg kami tak ingini..Amin...

Tuesday, March 2, 2010

Sudah siap..!!!

Yeehaaa..!!!rasa nak menjerit je sbb paper bag@gift@cenderahati kawen cik Hafiza telah pun disiapkan..Tima kasih mak sbb membantu..I love u lahh...mmuuuaahh..!!! Serius aku ckp,sejak gift2 fiza menghuni kat umah aku,aku mula teruja..Kalau dah buat menda ni mmg x kan bangun2 dari tpt duduk..Kalau bole nak siapkan time tu jgak..Aku harap, cik fiza berpuas ati dgn hasil keje kami..hehehe..





Ni je la cara utk aku tlg kawan baik aku..kalau dia btol2 kawan baik aku, jgn gedik2 nak bg ganjaran pape..kalau dia bg gak,putus sahabat..(wahh..sekeras-kerasnya..) Aku bukan apa,arinya makin tiba,so nak x nak aku kene siapkan gift ni..Alhamdulilah,aku dan mak berjaya siapkan seminggu sebelum majlis..Sekurang-kurangnya,bile aku buat menda2 ni terasa la aura orang yg nak berkahwin..auuwww gedik sudah..!!! Dan aku akan terasa lebih lagi aura org nak berkahwin apabila....haa tunggu entri akan datang yea..will update soon..Insyaallah...mmuuaaahhh guys...

Note : Tak sabar utk serahkan goodies tu kpd tetamu..Sambil serah,sambil minum air..haha..Jahanam peribahasa dibuatnya..Kpd geng2 aku,pakai cantik2 masa majlis tu utk serahkan goodies ni..