Showing posts with label perhatian. Show all posts
Showing posts with label perhatian. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

Mood nak ber HONEYMOON lagiii..!!!

Assalamualaikum semua...

Cuti sekolah hampir sampai ke penghujungnya..Sepanjang cuti sekolah 2 minggu ni,ramai betul orang kawen..Asal bukak fb je,tgok gambar kawen..selang berapa ari plak,org yg kawen ni check in kat somewhere for honeymoon..Mood jeles okehhh..hahaha..Bila attend kenduri kawen orang,mula bermain-main di kepala saat2 majlis perkahwinan aku yg hampir 6bulan yg lepas..Saat yg tak akan aku lupakan..Apa yg terjadi kat atas pelamin pun,x kan sekali dilupakan..Usah la ditanya,apa yg terjadi kan...hihi..

Bila tgok orang berhoneymoon, terdetik di hati untuk ajak MIA pergi honeymoon lagi..Tak sabar tunggu bulan 8 ni..Tapi,kalau nak pergi waktu terdekat ni pun,x sempat..MIA busy..Yess selagi tak de anak ni,selagi tu kami laki bini ligat berjalan sana sini..Bukanlah kami mendoakan tak de anak,tapi rezeki belum berpihak pada kami..Yang pasti,kaki ini sangatlah gatal untuk berjalan..Harap cuti seminggu di JB ni,hubby bawak la saya jalan2 yea..hahhaha..

Dulu masa aku bujang,aku kuat jugak berjalan,berholiday sana sini ngan kawan2..Tapi,ada satu hasrat aku yg tak tercapai sewaktu bujang..Aku teringin sangat nak ke Grand Lexis,PD..Ada private swimming pool dalam bilik tau..Perancangan kami untuk ke sana pada bulan November 2012 iaitu di saat2 penghujung zaman bujangku..Tapi malangnya,ketika bulan November tu cuti sekolah dan rate per room untuk hotel tu boleh buat kamu semua terduduk tau..hahhaha..RM800++ pernite...

Jom cuci mata satt..tengok gambar pun jadi laa...huhu sedey weii..




Haa..mampu tengok saja setakat ini..Tak tahu la bila boleh jejakkan kaki ke sini..? Bak kata Mama Fiza, balik JB dikira honeymoon jugakk..hahaha itu pastinya!

Rasa bertuah dapat MIA sebab dia memang kaki jalan..Ajak la nak bercuti ke mana,pastinya dia akan pertimbangkan..Ye la cuti,kos semua tu perlu dipertimbangkan..Tapi selalunya jawapannya tak pernah menghampakan..Bersyukur sangat..at least aku pernah merasai mood honeymoon tu..Ada sesetengah orang,tak sempat nak merasa honeymoon..tak pun,suami dia x suke berjalan..Dah ada anak,terus la x ke mana2..Ada..jgn ckp xde pulak..realiti..!


NOTE : Honeymoon bln 8 sudah pasti, dan sekarang sedang merencanakan untuk ke Pulau Redang dalam bulan 9,10..I luv Malaysia..sebab semuanya ada di sini..Tak teruja sangat nak ke oversea..

Tuesday, May 28, 2013

RENUNGAN : Jangan sesekali mengharapkan balasan dari orang

Assalamualaikum..

Aku bukanlah seorang yang arif untuk bagi ceramah,syarahan,tazkirah,pandangan,pendapat kepada orang..Tapi,dari sekarang kita kena praktis untuk belajar memberi tazkirah..Esok2 kalau ada anak, anak2 perlukan pendapat,pandangan dari mak dan ayahnya..Betul tak..??

Apa yang nak aku komen dan berikan pendapat ini adalah berdasarkan pemerhatian aku dalam hidup ini..Sepanjang umur aku yang hampir 27tahun ini dan sudah pun bergelar isteri,aku tak pernah tengok tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan dimarah, dimaki hamun hinggakan tetamu yang lain mendengarnya..Kalau cakap dengan nada kuat dan diselang seli dengan gelak tawa,mungkin orang lain boleh menganggap itu hanya gurauan..Tapi,kalau cakap hingga muka sampai merah padam,ape kes..?? Itu tandanya memang betul marah..

Punca kemarahan adalah,tetamu ni datang dari jauh..nak ke kenduri kawen ni meredah 3buah negeri..Dan,tetamu ini perlu pulang dengan kadar segera..Tapi,tuan rumah ni mengaharap sangat tetamu yg jauh ni stay back kat umah dia untuk tolong kemas2,basuh periuk belanga yang menimbun tu..HELLOOOO...!!!! KALAU TAK NAK BASUH PERIUK BELANGA YANG BANYAK2 TU,PAKAI LA KHIDMAT CATERING...!!!! Duit yg berlambak tu dihabiskan untuk menda tak faedah..Kalau di total2 kan kos kenduri gotong-royong, upah penanggah, all radiculous goodies sama je dengan kos catering..Biasa memang mcm tu,bila anak pertama yang kawen dan julang2 kali buat majlis perkahwinan,pastinya nak merasa kenduri yg gotong-royong,ramai2,suasana meriah tapi kesannya bila penghabisan majlis..Semua tenaga yang ada dikerah..!!! Tapi,bagi mereka yg sudah serik dengan majlis kawen gotong royong ni pastinya,akan beralih arah kepada catering apabila memikirkan kepenatan yang akan mereka rasai..

Mungkin ini 1st time tuan umah buat kenduri,so tuan umah tidak begitu arif melayan tetamu..Sepatutnya,tuan umah patut bersyukur dengan kehadiran tetamu..Mereka sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis perkahwinan anak beliau..Tapi kalau sebegini layanan tuan rumah kepada tetamu,pastinya akan menyinggung pihak tetamu..Bersusah payah mereka datang dari jauh, mengharapkan ucapan terima kasih dari tuan rumah,tapi sebaliknya yang mereka dapat..Sungguh jelik perangai tuan rumah tu kann..???!!

Dalam keadaan marah,tuan rumah sempat mengeluarkan kata-kata ungkit pada pihak tetamu..Kononnya,sewaktu si tetamu itu buat majlis perkahwinan,tuan rumah yg marah ini datang menolong..Sedangkan si tetamu ini buat majlis perkahwinan menggunakan khidmat catering..Rupanya,apa yg dilakukan itu mengharapkan balasan..Mengharapkan perkara yg sama..Mungkin apa yg di tolong itu akan dibalas sekiranya, si tetamu itu mempunyai kelapangan masa..SEKIRANYA yea..Tapi,kalau tetamu itu takde kelapangan masa, JANGANLAH KAU NAK MARAH, NAK MENGUNGKIT KANNN..???!!!

Entah laa manusia ni..ini anak pertama,mungkin dia perlu belajar bagaimana melayan tetamu dalam majlis perkahwinan agar perkara yg jelik ini tak berulang lagi di masa akn datang,dan di majlis perkahwinan anaknya yg kedua,ketiga dan keempat..! Peringatan kepada diri sendiri,dan juga anda di luar sana,JANGAN SESEKALI MENGHARAPKAN BALASAN DARI ORANG..Buat setakat yg kita mampu..

SEKIRANYA, TAK NAK OVER PENAT,TAK NAK BASUH PERIUK BELANGA, TAK NAK RUMAH BERSEPAH, GUNALAH KHIDMAT CATERING DI MASA AKAN DATANG..INGAT TU..!!!

# sedih sangat dengan sikap orang macam ni..


Saturday, March 16, 2013

Saya masih sayangkan blog ini...:)

Assalamualaikum semua..

Rindu sangat pada blog ni..Ramai kawan2 yg bertanya,dah stop berblogging ke..? Huii mana boleh stop..Selagi bernyawa,selagi tu saya tak akan berhenti menaip..wahh..Bila nak update,ada je menda lain yg lg penting kene hadap..Banyak sebenarnya cerita nak dikongsi bersama..

Tunggu ye syg2ku..Insyaallah saya akan update entri baru secepat yg mungkin..sepantas kilat..!! So take care everybody..Luv u muuaahh..!!!


Tuesday, February 12, 2013

Jangan biarkan ibu bapamu menangis kerana sikap kamu..

Assalamualaikum...

Lama sepi rasanya..Tiba-tiba je muncul dengan entri yg mungkin menyentap kalbu anda..Aku ni bukanlah manusia yg sempurna dan siapa diri ini untuk komen dan complaint orang lain..Kita ni bukanlah juri / hakim untuk menilai orang..Kalau cikgu mungkinlah orang yg dinilai adalah anak muridnya, kalau pegawai atasan orang yg dinilai adalah kakitangan bawahannya..Senang kata,kita ni sape untuk menilai dosa seseorang,baik buruk orang tu...????

Aku suka tengok Dilema Wanita setiap pagi di Astro Oasis dan di hujung drama itu,ada kesimpulan dari Dr.Fadzillah Kamsah..Dari dulu hingga kini aku memang suka Dr.Fadzillah Kamsah..(Bila tgok Dr.Fadzillah Kamsah,cara percakapannya sama seperti arwah bapa mertua aku)..

Dr.Fadzillah pernah berkata...

" Jangan biarkan mak ayah / mak ayah mertua kita nangis kerana sikap kita,perangai kita..Sebab, anak yg buat hingga orang tua dia menangis, dia adalah ANAK DERHAKA..!!! "

Sebagai anak / anak menantu kita kena jaga perasaan orang tua kita / mertua kita..Jangan sampai mereka berkecil hati dgn sikap kita @ jgn sampai orang tua kita gelarkan kita 'KURANG AJAR'..

NOTE : Peringatan bersama..


Wednesday, November 21, 2012

Stress sangat waktu ini..CAMERON tungguuu..!!!

Assalamualaikum semua..

Lama sangat menyepikan diri..Bukan hilang,bukan bawa diri tapi kesibukan melampau sejak akhir ini..Tak sampai sebulan je lagi majlis kawen aku..Pada waktu ini aku amat stress..! Dgn kudrat perempuan yg aku ada ni,rasanya tak terkejar untuk aku capai semua perkara sendirian..Hanya Tuhan saja yg tahu..Mampu menangis dalam hati saja..

Dan diwaktu ini aku sedang demam..Penat yg terlampau membuatkan aku demam..Ohh demam,lama sungguh kau tak singgah diri ini..Cepat la pergi jauh2..Kad kawen dah pun dapat,so sekarang dalam proses untuk penghantaran kad dan menjemput sedara mara..

Dalam kesibukan membuat persiapan kawen dan dalam waktu tidak sihat ini,nama aku naik untuk pergi kursus di Cameron Highlands..Wahh memang teruja sangat..!! Sebab aku tak pernah sampai ke sana..Memalukan kann..???hihi..Ini kursus yg pertama buat tahun ini..Dapatlah 4ari.Walaupun bagi penjawat awam harus menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7hari..Tapi nak buat macam mana..??? Harap sangat kesihatan mengizinkan untuk berkursus di sana..Tak mo macam tahun lepas.Kursus kat Tumpat 4hari tp 3ari aku demam terlantar kat hostel..Lupa nak cakap kursus ni berlangsung pada 23-26 November 2012..

Okey itu saja short update buat kali  ini..nanti jumpa masa balik dari cameron ehhh..

p/s : kepada kawan2 blogger, minta emailkan alamat rumah dan nama penuh untuk pengeposan kad kawen saya.Hantarkan di alamat email ini : puteri.lynda2107@gmail.com...tq




Sunday, November 11, 2012

Ohh bridesmaid..Mana nak cari..?

Assalamualaikum semua..

Semalam jiwa ini menjadi kacau kerana apa..?Dok memikirkan sape nak jadi pengapit saya..Actually, cousin aku suppose to be pengapit masa majlis nanti..Tiba2 dia text ckp x boleh sbb kene datang sekolah 2 weeks before school opening..Dia cikgu..so may be ada perkara perlu dia prepare kat sekolah..Tak mengapa darling..Cousin u ni akan cuba cari orang lain dgn gigih..

Ada masa lagi untuk mencari..Tp bile kalut mencari bridesmaid ni mula lah msg org tu org ni yg sudi jd bridesmaid..Ada yg sudi nak jadi pengapit aku..Tapi lelaki..Boleh x..??? Hahaa..x penah dibuat orang pengapit perempuan lelaki kan..Kawan aku sekolah rendah ni memang sengal skit..Kang ada yg kene lesing ngan  Anip bile pengapit aku lelaki.
Mencari bridesmaid yg memakai baju baby blue..sweet je color tu kan..??
Org2 tua kata,kalau nak cari pengapit haruslah yang anak dara..Kenapa?? Mak dara tak boleh ke? Sebenarnya macam ni,kalau dulu2 pengapit ni selalu jugak menjadi perhatian orang..Dari situlah si lelaki ni ingin tahu dan ingin mengenali pengapit perempuan bahawa sudah berpunya ke belum..Dari atas pelamin turun ke hati..hahaha bole x gitu..?Eh ada tau orang bercinta kerana jadi pengapit..Yg lelaki ni jadi pengapit,yg perempuan ni pun jadi pengapit jugak..And now dah tua kekal hingga sekarang perkahwinan dorang..

Tak pe la x nak dok peningkan kepala mencari sape pengapit..Kalau xde,aku curi kawan baik aku..Tak kisah la kamu dah kawen ada nak 2 ke itu bkn masalah besar pun..But i try to find someone else..:)

Sunday, June 17, 2012

Happy Father's Day, Ayah...

Hari ini 17 Jun 2012 merupakan Hari Bapa seluruh dunia..Dengan ini saya ingin ucapkan Happy Father's Day to all daddy and daddy wan a be..:) Especially to ayah saya, Baba (Along saya), Abah (Abg Johan) dan juga MIA (geletis kann..he will become a daddy one day..Insyaallah)..

Along & Ayah ketika menunaikan haji tahun lepas
Sesungguhnya, pengorbanan ayah sepanjang 26 tahun ni terlampau banyak buat elin..Terima kasih kerana lengkapkan diri kami adik beradik dgn makan,pakai,tempat tinggal yg cukup selesa bagi kami..Kasih sayang yg tidak terhingga..Walaupun kasih sayang itu tak pernah ditunjukkan tapi kami semua tahu,ayah amat sayangkan anak2 dia yg 5 orang ini..Alhamdulilah,berkat usaha gigih ayah mencari sesuap nasi suatu ketika dulu untuk sara kami sekeluarga akhirnya,kami semua berjaya hingga ke menara gading menjadi orang yg berguna dan hormat serta sayang tak terhingga pada mak ayah..Tak sesekali akan melupakan segala pengorbanan itu..Dan kini,tiba waktu untuk ayah rehat dan anak2 yang ada ni utk menjaga makan,pakai ayah seperti ayah menjaga kami dulu..Terima kasih kerana menjadi Kapten kami sekeluarga...Happy Father's Day, Ayah..!!!

Kepada mereka yg telah kehilangan ayah,cukuplah kalian sedekahkan Al-Fatihah tanda kalian ingat pada ayahanda tersayang..Dan bagi mereka yg masih memiliki ayah,hargailah mereka sementara mereka masih lagi ada di dunia ini.

NOTE : Tak pernah sesekali lupa pada arwah Pak Latif(ayah Fiza) dan arwah Pakcik Hamzah (ayah MIA) raut wajah mereka masih segar dalam ingatan..Mereka seperti ayah aku sendiri..Tak pernah dianggap org lain..Al-Fatihah..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yg beriman dan bertaqwa dan aman di sana..Amin..


Saturday, May 19, 2012

Dah tak tahu nak sign in blog..hihi

Assalamualaikum semua..

Aduhh dah bersawang sungguh blog ni..Sampaikan dah tak tahu mcm mana nak sign in nak tgok2 dashboard..Nak taip entry pun dah lain sangat ni..Macam pelik je..Hampir sebulan kot aku tinggalkan blog,tinggalkan facebook..Umpama x tahu dunia luar langsung dan umpama duduk dalam hutan yang langsung x dapat coverage pape..Actually banyak sgt menda nak diceritakan..Mau ada entry marathon nih..hihi..Sebulan punya cerita dikumpul-kumpul sampaikan dah jadi menggunung..Dahsyat kan..??

Nak update pasal kehidupan dan paling penting nak update pasal kawen..dah boleh update ke..???Mak malu laa..mcm lambat lg je..Lambat x lambat sangat la..Ada lagi 6 bulan..tolak puasa,tolak raya tggal je 4 bulan..Tunggu ye..akan diupdate satu persatu..tgguuuu...miss u all...:)


Monday, December 26, 2011

Benci betul tak boleh nak bukak blog...!!!!!

Assalamualaikum..

Aduhaiii rindunya pada blog..Hanya memandang sepi je pada blog ini..Mana taknya,blog aku tak boleh bukak,x boleh nak update cerita-cerita terkini..Aku pun tak tahulah apa masalahnye..Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana hilangnya diri ini...Tak ke mana..Harap sangat masalah ini tak berlarutannn..(skema giler ayat)..Banayak menda aku nak update pada kamu semua..Memandangkan 2011 lagi 6 hari bakal melabuhkan tirainya..Tunggu ye kawan2 semua...Mmmmuuuahhh...

Thursday, July 28, 2011

Kawan yang tiba-tiba muncul....PELIK..!!!

Assalamualaikum...

Agak pelik tajuk entri aku kali ni..Aku bertuah memiliki kawan yang ramai di sekeliling aku..Walaupun ada yang dah berumahtangga dan mempunyai anak,tapi tetap berhubung..Dalam kehidupan kita seharian yg terlampau sibuk dan pack,kadang2 kita tak ada masa untuk menanyakan khabar tentang diri kawan kita tu..Tp,apa nak dirisaukan,zaman dah canggih..Kaalu kita tak sempat untuk berjumpa atau bertelefon,facebook kan ada..zaman siber la katakan..Ada baiknye kewujudan facebook ni..merapatkan kembali dan menjumpakan semula kawan2 kita yang telah lama kita mencari...Di facebook la tempat pertemuannya..


Aku jenis manusia yang bukan mudah lupakan kawan okehh..!!! Dan aku tak pernah lupa jasa baik kawan2 yang pernah membantu aku,dan menolong ketika susah dan senang aku..Aku akui,sejak aku berkeje syif or join government,aku macam meminggirkan kawan2..Aku tak pernah pinggir or lupakan kawan2 tersayang..Tapi,berkeje syiif sedikit sebanyak menyekat waktu aku untuk keluar bertemu bersama rakan2..Yang berkesempatan,hanyalah kawan terdekat aku sahaja..Rutin seharian aku mengadap komputer di ofis..Dan menggunakan facebook sebagai alternatif untuk menanyakan khabar kawan2..Sebab tu ada pepatah mengatakan, Biar jauh di mata tapi dekat di hati..

Aku pernah bertanyakan khabar pada seorang kawan masa aku belajar dulu.Aku post di facebook bertanyakan khabar dia memandangkan sudah lama tidak ketemu..tp hampa belaka..(argghh poyo nye..)..Sedangkan dia online..pelik..!!!Okey tak pe lah..

And then,selang beberapa bulan lepas tu,kawan aku ni anta message kat hp mintak tolong...Heloooooo....!!!!!! Aku tanya khabar ko,ko x jawab..alih2 msg aku mintak tolong..Pantang betul aku manusia jenis macam ni..Kalau korang pun tentu berangin kan...Lama sangat menyepi,tiba2 muncul plak..Muncul kalau ajak jumpa,nak lepak,nak bagi kad kawen ke..lain la cite..Ini tak...Tak perlulah aku bagitahu secara umum dia perlukan pertolongan dari segi macam mana..Cuma aku nak cakap,once kita dah berkeje,kita ada tanggungjawab and masing2 ada komitmen..Jangan pikir komitmen tu hanya kau sorang je yang pikul..Orang lain xde komitmen ke ha..???!!! Jangan ingat diri kita sentiasa dibantu..

Aku memang marah kalau kawan aku ada sikap macam ni..!!!Seriously..!!!!demn..!!! KALAU PERIUK NASI KITA TU SEBESAR TEMPURUNG, JGNLAH PULAK KERAKNYA SEBESAR KAWAH..!!! Aku bukan benci kat kawan aku ni,aku benci dengan sikap dia..and niat aku nak mengajar orang yang macam ni..Supaya dia tak ulang di kemudian hari..Jangan mudah melupakan kawan..Harus ingat tuu.....!!!!


NOTE : Kepada kawan aku yang berkenaan, aku mendoakan agar kau berubah dan tidak berterusan dengan perangai sedemikian..JANGAN MENCARI KAWAN HANYA KETIKA WAKTU SUSAH KAMU SAHAJA...INGATTT....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, April 14, 2011

Sepi buat seketika..


Katakan tidak pada facebook..!!!!Hahaha..Entah la aku nak cakap macam mana..sikit sebanyak,facebook ni macam mengganggu jugak kehidupan seharian kita serta jiwa kita..Buat masa ni biarlah aku buat keputusan untuk berdiam diri tanpa gangguan dan anasir dari facebook..Lagipun,ke'havoc' an facebook macam makin kureng..macam tak de apa dah fb ni..and because of internal affairs aku tutup seketika facebook ni..Insyaallah, aku akan aktif berfacebook tak lama lagi dengan perkhabaran gembira..

NOTE : Dah lama taip entri ni tapi baru ari ni di publish kan..Usah ditanya wahai kalian,ke mana hilangnya diri ini..Sesungguhnya,diam itu bukan erti kalah..Aku hanya merenung kamu-kamu dari jauh sahaja..Selamat bersosial wahai kalian semua di laman sosial Facebook...i'm watching you...

Friday, March 11, 2011

Sekiranya kamu diberi pilihan..apa pilihan kamu..????

Halooo sayang..sekali lagi diri ini di dalam persimpangan delima..Actually menda ni telah bermain kat fikiran aku sejak sebelum pergi bercuti lagi..Tapi paham2 la..aku ni bukanlah insan yang dari kalangan yang suka menserabutkan kepala apatah lagi untuk memikirkannya melainkan kalau terdesak sahaja..

Halnya macam ni..Bulan Februari ari tu,bos aku ada bukak mulut offer aku untuk switch to ofis hour sebab ada kekosongan..Tapi,dengan syarat aku kena buat surat..Mak ayah aku meletakkan keputusan sepenuhnya pada aku..Dia tak memaksa aku..Mana yang baik bagi aku dorang sokong je..Dorang tak pernah nak menentukan hala tuju hidup aku..Sejak aku kecik sampailah usia aku dah 25tahun ni..

Jadi,persoalannya sekarang...

            Ofis hour @ Syif...?????
NOTE : Setiap yang kita pilih @ kita lepaskan ada baik dan ada juga buruknya..Yang penting,jangan sesekali menyesal dengan tindakan & keputusan yang telah kita buat itu..

Saturday, November 27, 2010

Terima Kasih di atas komen 'ANDA'..

First of all,thanks a lot kepada semua kawan2 yang sudi baca blog ni & ada juga antara korang yang memang follow blog ni..Maklumlah,kita-kita ni jarang ketemu so,hanya dari blog ni je la kawan-kawan dapat tahu perkembangan kita..dan di sini saya nak highlight tentang 1 perkara, BLOG INI ADALAH KEPUNYAAN SAYA, SAYA CREATE BLOG INI MENGGUNAKAN EMAIL ADDRESS SAYA SENDIRI & SECARA AUTOMATIK BLOG INI ADALAH HAK SAYA. SAYA BERHAK UTK MENCERITAKAN APA SAHAJA PERKEMBANGAN DIRI SAYA SELAGI IANYA TIDAK MENYENTUH ISU-ISU SENSITIF..

Terima kasih sangat-sangat kepada yang sudi komen dalam blog ini especially kpd kawan2 blogger..Puan Fiza , Natrah , Niniey , Jijah , Dieyana  &  Hana yang bukan setakat kawan dlm blog malah akan jadi sedara aku tak lama lagi..hehe..Insyaallah..serta komen2 dari mereka yang diluar sana..Buat mereka yang memberi komen yang bukan2,jgn harap la komen anda akan terpampang di blog saya.Sebab segala komen2 dari anda akan ditapis..sekali lagi saya ulang AKAN DITAPIS..!!

Dan kepada 'ANDA' yang sedang membaca blog ini dan mungkin follow blog ini,terima kasih atas komen anda pada tempoh hari dan saya cuma nak ingatkan satu perkara KITA HIDUP KAT DUNIA NI TAK PERLULAH NAK HIPOKRIT...!!! SAYA SELESA MENJADI DIRI SAYA SENDIRI..YANG PENTING,HATI KITA PERLU BAIK DAN JGN SESEKALI BERHATI BUSUK SEBAB DARI HATI AKAN TERPANCAR SEGALANYA DI WAJAH..HARUS INGAT TU..!!! (sape yang berkenaan tu,yg memberi komen tak related langsung dgn entri aku tu sure terasa kan..sape mkn cili dia lah rasa pedasnya...kehkehkeh..)

NOTE : Untuk 'ANDA' yang sedang 'sakit', terima kasih di atas komen 'ANDA', tetapi komenlah dengan idealistik bukan plastik semata-mata. Anda boleh komen orang lain tetapi cuba perhatikan diri 'ANDA' sendiri terlebih dulu. Siapa anda untuk menilai seseorang..??? Adakah jika 'ANDA' melayu,'ANDA' yakin anda Islam sejati..????Renungkan...JANGAN SESUKA HATI MEMBUAT PENILAIAN KEPADA SESEORANG DARI LUARAN & PERLU ANDA INGAT,ANDA SIAPA UNTUK MENILAI.................???????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!