Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Monday, November 21, 2011

INFO: KENCING KOTOR @ TIDAK LAWAS

Info dari : ratuhati.com

Pengenalan


  • Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
  • Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
  • Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  • Kekurangan air dalam badan
  • Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  • Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  • Pesakit kencing manis (diabetes)
  • Mengandung
  • Pengambilan sesetengah ubatan
  • Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  • Batu karang dalam saluran kencing
  • Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk merujuk penyakit seperti itu.



Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.


Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai). 20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.

Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.


Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.

  • Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
  • Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
  • Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
  • Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  • Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  • Air kencing nampak kotor,
  • Kadang-kadang air kencing berdarah,
  • Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  • Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
  • Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.

Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).





Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.

Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

Terima Kasih MIA...

Assalamualaikum semua..
Firstly,nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kpd MIA ku( My Incik Anip) yg sanggup ke hulu..ke hilir teman aku ke hospital..Last aku sakit mcm ni pada tahun 2010..Baca entri ini dan kesakitan yang aku alami sama seperti ini..Tp,kali ni sakitnya makin teruk sangat..Actually,aku baru je abis keje malam..Kawan-kawan ofis suruh aku ke Emergency untuk jumpa doctor memandangkan aku kronik sangat..Tak boleh nak kata apa melainkan alirkan air mata..Bayangkan betapa sakit yang aku alami..Tapi aku ni agak penakut untuk jumpa doctor..Walhal,bukan jauh mana pun Emergency tu..sebelah pintu je..Dan aku amik keputusan untuk balik umah and hopefully it getting ok..Tapi tak..Balik umah aku meraung-raung sakit kesorangan..Lastly,surrender..terpaksa call MIA untuk dia anta semula aku ke hospital..

Pagi dia amik aku tu,mmg dia suruh aku jumpa doctor tp aku berkeras tak nak..Haa apa lagi,dia membebel dari jam 7.30pg sampai 11.00pg..Bayangkan betapa lamanya dia membebel..Dahsyat kalau orang lelaki membebel kan..Dia kata,aku terlampau keras kepala..Sakit dah macam nak mati pun,masih degil x nak jumpa doctor..Garang giler dapat tunang mcm ni kann..

Disebabkan inilah pertama kali aku jumpa doc kat HKL tu,aku bawak la otai Admission..Sape lagi kalau bukan Kak Wana..Pagi tu,kak wana la sapukan minyak angin kat pinggang aku..Terus teringat kat mak yang jauh..Masa mula2 aku kena sakit ni,mak la yang sapu minyak angin..Jadi sebak dada..huhu..Jumpa doctor kat Pesakit Luar..Nasib baik cepat..Patient pun tak berapa nak ramai sangat..Kalau lambat,mau aku dah terbaring-baring kat situ jugak tahan sakit..Doctor tak cakap pape..tapi doc mintak aku follow up dengan pakar..Aduiii..aku jadi cuak bile dengar DOKTOR PAKAR..Macam kritikal je sakit aku ni..Dan disebabkan aku tak tahan nak tanggung kesakitan pinggang yang melampau ni,doc bg aku painkiller..Dah lama sangat-sangat tak kena inject..Kat punggung lak tu..Dalam sakit-sakit tu,aku bole lagi buat lawak..Mintak nurse inject kat tempat lain selain dari punggung..Tergelak besar nurse tu..hahaha..Punyalah penakut aku ni..

Kesan dari injection tu,sejam lepas tu,kesakitan pada pinggang beransur hilang...aku dapat mc 19/11/2011 berkat dari budi bicara kak wana dengan doc Ammar..Kalau tak,doc tu x mo bg mc..Gile kedekut doc tu..Aku dah kronik mcm ni,lg tak nak bg mc..

So,seharian aku rehat di rumah..Sekarang dah recover 70%..Masih ada rasa sakit lagi..Bila dah sakit mcm ni,badan mula rasa nak demam..Seram sejuk je..Mak ayah pergi haji haritu,aku demam..Ni mak ayah balik dari haji pun aku demam...Haiiiyaaa...Apa kes ni..??

**Kesakitan aku di sini tidak diketahui mak ayah dan along aku di Mekah..Biarlah mereka tak tahu..Nanti mengundang kerisauan pulak..

NOTE : Sedang buat research apakah jenis sakit yang aku alami sekarang ni..?? Ya Allah,jauhkanlah aku dari kesakitan ini..Teramat sakit..