Tuesday, March 20, 2012

Adakah perasaan kita sama wahai wanita-wanita sekalian..?

Assalamualaikum wahai wanita sekalian..

Bila MIA bukak mulut bile tarikh untuk kami nikah, perasaan masih seperti biasa..seperti org tiada perasaan..Tapi dh lama kelamaan, sikit2 barang telah dibeli dan mulalah timbul satu perasaan..Aku tak pasti sama ada perasaan ini sama seperti wanita lain yang bakal mendirikan rumahtangga atau aku saja yg merasakannya or over touching..huhh..Hampir 70% perasaan takut ada kat dalam diri ini..dan hanya 30% xcited..wahh mana pegi perasaan xcited tuh..??

Sepatutnya,bila nantikan hari bahagia,kita sepatutnya happy,teruja,x sabar2 nak dok atas pelamin..tp aku ni pelik plak..Cuba dah mcm2 cara untuk hilangkan rasa takut tu..still tak boleh..Tapi harap sangat agar perasaan tu hanyalah sementara dan Allah mempermudahkan urusan ini..

Kena realized,ingatkan diri bahawa perkahwinan bukanlah tembok pemisah antara mak ayah dengan kita..kita masih tetap anak mereka,masih tetap boleh kunjungi mereka dan satu perkara kena realized bahawasanya,once dah berkahwin tanggungjawab mak ayah pada kita terhenti disitu..Tanggungjawab tu diambil alih oleh suami kita.. (Mungkin kerana ini....)

NOTE : Masih terlalu awal untuk update hal2 kawen kot..Walaupun ada persiapan yang telah dibuat..Tunggulah mood kawen2 sampai yea..:)


No comments: