Monday, September 24, 2012

Legoland Malaysia (1st in Asia)

Assalamualaikum semua..

Kalau nak tahu lagi berapa hari tinggal bergelar bujang,aku akan bukak blog.Tengok tepi ni haa..Tp,disebabkan lama sangat tak update blog n jenguk2 blog ni,sedar2 lagi 2bulan lebih je tinggal.Macam tak caya je..Macam tak caya,itu saja hari yg tinggal untuk siapkan semua perkara..Aku bukanlah puteri raja yang semua perkara disiapkan oleh orang lain..Semuanya diselesaikan sendiri..Jatuh bangun pun sendiri bak kata orang..

Ok misi balik ke kampung tempoh hari berjaya..Misi berjaya..!! Dapat pergi wedding ai,dapat beli souvenir,dapat beli gelang batal air sembahyang cuma satu je tak dapat..baju nikah blom siap lagi..masih in progress lagi..Harap sgt hasilnya memuaskan atiku..Ok dalam kesibukan aku ke sana sini berjalan satu kampung,aku sempat mencuri masa untuk keluar bersama MIA..haruslah kalau datang JB jumpa dia..Actually,x plan pun nak ke Legoland ni..Tapi sebelum bertolak ke kampung,ada jugak tanya2 dgn MIA apa yang best kat Legoland..??MIA kata mcm USS jugak..ok fullstop..Tak de niat pun nak ke sana memikirkan tempat ni baru je opening..Of course padat dengan orang.Biasalah tempat baru,mesti ramai yang berpusu-pusu nak masuk..Dan tak disangka-sangka,kami berdua 'ter' buat annual pass yang berharga RM245 seorang..



muke gumbira dapat tiket..
Nak dapatkan tiket tu bukan senang tau..kena beratur panjang,kena isi form..Dah tentu2 bab isi2 form ni serahkan kat aku..MIA x kuasa nak mengisi..


Masa kami buat annual pass ni Legoland belum official launching lagi..So,kami sepakat untuk buat saja annual pass,lain kali aku datang JB aku akan ke sana,teroka apa yang ada kat dalam Legoland ni..Tapi,disebabkan ketidaksabaran aku untuk lihat apa yang ada kat dalam tu,aku msg MIA ajak masuk Legoland sebelum aku balik KL..MIA layankan aje kehendak aku..Heii haruslah layan kehendak tetamu okehh..hihi..Selepas majlis kenduri Ai,aku bersiap tukar jeans and baju untuk ke Legoland..Parking penuh..! Maklumlah cuti Hari Malaysia..Semua orang berpusu-pusu untuk masuk ke sana..Bila dah ramai,aku lebih interested untuk jalan2 dari main game yg ada kat dalam tu..Jes tengok2 sambil amik gambar..

Haa..paling aku terkejut, MIA mula paham dgn perangai tunang dia ni..Camera aku dah melekat kat tangan dia.Dia merelakan diri untuk jadi photograher aku..Dan dia tahu tujuan gambar2 yang diambil tu adalah untuk blog tersayang..Tq so much..Bagus..kamu mula memahami diri ini..Mulai arini and saat ini,jgnlah kamu bosan menjadi photograher saya setiap saat tanpa dibayar gaji..



ada cina mtk tlg ambikkan gambar..(gambar ni pun nak snap)
teruja tgok air kat bawah tu..
game ni harus cuba...nampak best..!! But,hati2 baju kamu akan basah..
patung ni dibuat drpd lego..comel bangat..!
nampak x air yg aku pegang tu..?harganya RM10 tau..x sedap punn..
Dari Legoland,aku ke Dataran Merdeka..Percaya x..??
Inilah sebenarnya..Replika Dataran Merdeka..It look so real..!
Bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad
Masjid Jamek,Kuala Lumpur
Persekitaran Masjid Jamek..Nampak mcm betul kan..??
Stesen Monorail
There is KLCC..kagum lagi dgn rekabentuk yg menyerupai bangunan asal..
berlatar belakangkan Tanjung Pelepas..
KLIA
kami mau terbang...
Kalau ikutkan berlambak lagi gambar nak di upload untuk dikongsikan..Tapi cukuplah sekadar tu..Paling aku teruja bila tiba di sudut replika2 bangunan ni..Terdapat banyak replika bangunan2 seluruh Malaysia dan juga negara2 jiran seperti Indonesia,Cambodia, Vietnam..Cuma aku tak berapa nak kenal bangunan2 ni sebab papan tanda masih belum siap dipasang..Under construction may be..

Legoland masih baru lagi bertapak,so ada 2,3 perkara yang masih tidak sempurna.Contohnya,tempat letak kereta yg masih belum di tar lagi jalannya..Open parking not suitable for baby..At least ada bumbung untuk pejalan kaki..Positive thinking..still under construction..Sape2 yang ada anak tu,memang sesuai sangat dibawa ke sini..Mostly game kat sini sesuai untuk kanak2 umur 7-12thn..Ada jugak game sesuai for 1 family..Untuk orang dewasa,game kat sini tak mencabar anda..Bila aku berpijak di Legoland,ingatan aku pada USS..Anyway,good job for all Legoland team..!!!

Yang paling kelakar,ada one of Legoland crew ni,berhabuk dah cakap omputeh..skali tu kuar plak perkataan jawa..Buat aku tergelak je dengarnya..crew dia memang friendly..Lastly,sape2 yang nak datang ke Legoland ke,USS ke anda disarankan memakai kasut leper @ pump shoes @ kasut seperti ini...
-
-

-

-

-

-

-

-

-

kasut yg ada luv..luv..beli kat kampung je..beli sbb kasut ni sgt comel..!!!

Ok cukuplah setakat ini..Macam2 menda nak diceritakan dalam 1 entri..Nanti sambung lagi cite pasal kawen..Sampai ke sudah tak abis cite pasal kawen kan..? Ada yg nak muntah darah..sila lah..

NOTE : Kita dapat hadiah kawen in advance dari kakak ipar kita..Besar giler hadiah tu..! Tq kak jun..:)

No comments: