Saturday, September 8, 2012

Misi balik kampung...

Assalamualaikum semua..

Berhabuk skit blog ni .Lama sangat ditinggalkan rasanya..Okeh minggu dpn lepas abis je keje malam, aku akan berangkat ke kampung (Pontian) untuk beraya..Wahh beraya la sangat tp rasanya,syawal ada lagi tinggal berapa ari je kot..Di hujung2 syawal..Actually,bukanlah balik kampung untuk beraya tapi terkandung misi2 tersembunyi..Insyaallah, aku bercuti mulai 13september - 18september..Just a short vacation..Macam biasa..pulang bersama mak,ayah dan juga adik aku..Boleh la bergilir-gilir drive kat highway nanti..Haa mesti korang nak tahu ape la misi2 tersembunyi aku pulang ke kampung kann..???

1. Majli Resepsi Azhar & Hana di Tmn Perling,JB
Itu motif utama pulang ke Johor..Sebab cousin aku Ai (Azhar) ni kawen..Majlis perempuan dah selamat pun berlangsung pada 1 September 2012 aritu di Keratong,Pahang..Tahniah kepada kamu berdua..To Hana,welcome to our big family..Semoga kalian kekal abadi hingga hujung nyawa..Aminn..

2. Baju Nikah
Baju nikah aku beli yang ready made tapi dah di hantar ke kampung untuk diupgrade..Minta cousin aku kat kampung tambah sikit beading kat baju tu..Tak sabar nak tengok hasilnya..Nanti kalau sudah di ambil,akan saya upload gambarnye yea setibanya baju itu di tangan saya..

3.Gelang batal air sembahyang
Tak pasti apa istilah yg tepat..tapi selalunya orang memanggil batal air sembahyang.Tak pun org selalu bertanya, "apa barang batal air sembahyang..?"..Yang pasti,pemberian barang kemas dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan..Harga pasaran emas 916 sekarang pada harga RM 174.40/gram..Pilihan aku untuk membeli barangan kemas ni di kampung2..Di kedai2 cina yg kat pekan2 tu..Sama juga seperti di bandar,kedai2 cina ini jugak turut menawarkan perkhidmatan memotong,mengambil tempahan untuk design tersendiri,mencuci emas lama dan banyak lagi..Cuma yang membezakannya adalah dari segi upah..Upah emas di kampung murah sedikit berbanding di bandar..Kualiti emasnya sama saja di bandar mahupun di kampung..Disebabkan dari aku kecik lagi,memang dah selalu beli and tukar barang2 kemas ngn apek ni,so lagi mudah..Termasuk lah cincin tunang pun beli kat sini.Cuma cincin risik je beli kat Wah Chan,KL..

4.Mencari Souvenir
Jika berkesempatan, akan aku gagahkan kaki menekan pedal minyak untuk ke Ayer Itam mencari sedikit souvenir..Siapkan aje duitnya..Di minda sekarang tak tahu ape yg sesuai untuk diberi.Mungkin bila dah berada di kedai tu barulah rambang mata untuk memilih.

Itu saja 4 misi pulang ke kampung kali ini..dan tak ketinggalan jumpa MIA di JB. Kalau balik kampung, tak singgah jumpa dia mahu perang dunia ke3..haha..Okeh 3mth 1week have to go,otak pun mula bercelaru,tido pun dah mula tak lena memikirkan banyak menda perlu disetelkan and pikirkan KIV listings..

NOTE : 4ari tak dapat tido yang lena..Sungguh stress..! Ntah ape la yang tak kena..

No comments: