Sunday, September 26, 2010

Sudah Pulang...

Alhamdulilah..ketemu kita kembali yea..Seminggu tak mendengar khabar..Selamat juga aku pulang ke KL dgn memandu sendiri ke kampung buat pertama kali..Walaupun ramai yg mengatakan aku memandu laju..hanya mengambil masa 3jam sengah dan hanya sekali berhenti di R&R utk sampai ke Pontian..Bawak kelajuan biasa je seperti yg disarankan oleh Polis kat TV tu..iaitu 140km/j..haha ye ke 140km/j yg disarankan..???bukan 110 km/j ke..???hehe...Jalan teramatlah lengang..ye la dah seminggu raya..

Kat kampung sakan aku,mak & ayah beraya..Tak ade 1 umah sedara pun tertinggal..adik beradik belah mak ayah semuanya kami pergi..tapi,agak melemahkan aku apabila drive waktu malam..aduhhh..disebabkan kekurangan pada diri ini (iaitu rabun tp berlagak macam tak rabun je) aku tidak berdaya memandu di waktu malam..huhu..so,bile beraya di waktu malam,aku menjadi Puan besar dalam kete...

Sewaktu di kampung ayah,aku telah diterjah..diterjah oleh Si Dia..tiba-tiba muncul..sedangkan dia tak pernah tahu kat mana kampung aku.Apa yang dia tahu,nama kampung mak & ayah aku aje la..rupa-rupanya,bile dah masuk kampung ayah aku tu,mata dia mencari kereta aku..satu persatu umah dia perhatikan.kalau ada kereta aku,dah pasti itu kampung aku..aku pun senyum sampai ke telinga la..hehe x sangka akhirnya dia jejak gak kampung aku setelah 9 tahun bersama dia..Dan dia pun ikut sama beraya ke umah sedara-sedara aku..

Balik kampung kali ni rasa seronok sangat..sebab puas berjalan-jalan umah sedara,jalan2 kat johor bahru,pegi Danga Bay buat pertama kalinya..sungguh memalukan kan..kampung kat johor je..dan juga melepak di tepi laut kat Pontian bersama si dia dan rakan-rakannya..Kalau xde Si Dia,sure aku x kan sampai la..and rewards kepada diri sendiri kerana telah berjaya bawak mak ayah pulang ke kampung dengan memandu sendiri buat pertama kali..tercapai jugak hasrat aku.Selagi tak kawen & xde pape komitmen ni la dapat berjasa ngan mak ayah kita..

NOTE : Sebagai manusia,kita sering diuji begitu juga dalam sesuatu hubungan..Ada ketika dilanda badai..Apa yang penting,jgn cepat melatah dan cari jalan penyelesaian yang terbaik..Kunci utama adalah BERBINCANG..

No comments: