Tuesday, June 7, 2011

Kini menjadi TUNANGAN kepada Abu haniffah..

Hi guys..alhamdulilah..majlis telah pun berjalan dengan lancar..Semuanya teratur seperti yang dirancangkan..Tapi,sebelum aku cite lebih detail tentang majlis pertunangan aku ni,aku nak bawak korang semua flash back 2days before majlis..haha..ada kisahnya..

Macam ni..last aku keje pada 2 Jun 2011(Khamis)..Dari kat ofis lagi aku terasa badan aku gatal-gatal macam kene gigit sesuatu..Tp bukan 1 tempat je..merata tempat..Puas la aku menggaru sana sini..Bila balik rumah,aku tgok kat cermin,gatal2 tu dah naik ke leher..merah sangat2..kat pikiran aku mungkin gatal biasa la..So,buat keputusan untuk terus mandi..Tp,lps mandi pun x hilang-hilang gak gatalnya..Sampai ke mlm aku terus menggaru-garu..Haduii nak nangis pun ada gak..Dah la majlis lagi berapa hari je,kalau gatal-gatal ni naik kat muka,mcm mana..risau tahap tak ingat la..Lepas dari semayang maghrib,aku ajak mak gi klinik..Haa bukan senang aku sendiri yang ajk mak gi klinik tau..selalunye kena paksa ngn mak barulah pergi..Tp sebabkan aku ada majlis,so terpaksa lah pergi...Sampai je klinik,klinik kosong..xde patient..best..!!! Then doctor cakap,aku alergik..May be ada certain makanan yang aku tak boleh makan..Bile aku ingat-ingat balik,kat ofis aku cuma breakfast roti canai telur je..takkan disebabkan tu plak...selama ni aku bedal je pape makanan..Aku memang bebas dari alergik2 nih..Tapi bak kata mak, ni la dugaan namanya..sabar mak kata..Lps tu doctor bagilah ubat antibiotik,pil gatal, pil alahan and ubat sapu..Aku siap cakap ngan doctor tu bg ubat kecik2 je..Kalau besar2 comfirm saya tak makan..Bantai tergelak besar doctor tu..Nasib baik doc tu muda..friendly lak tu..Org kata,lps dr makan ubt tu terus baik..Tp aku makan tak jugak baik2..Sampai la ari sabtu pagi tu baru la rasa lega..Senang kata,aku tak boleh berpeluh la..Kalau berpeluh,mulalah naik gatal2..Papepun,alhamdulilah,itu semua dugaan..Tuhan uji kita untuk tgok ketabahan kita dalam mengharungi ujian Dia..Masa majlis berlangsung,i bebas dari kegatalan...hahaha..(ayat tak boleh blah...)

Ok..ok...malam sebelum majlis tu,rumah aku dihadiri tetamu jauh..haha..jauh la sangat..Actually,xde pun rewang-rewang kat umah aku ari jumaat tu..Tapi,kawan aku yang Suryana tu tak dapat nak hadir masa majlis tunang aku pada hari sabtu,so dia buat keputusan untuk datang ke umah aku sehari sebelum majlis bersama keluarga dia...Tak ketinggalan Puan Fiza & Jijah pun turut sama ada..Cik Suryana datang bawak 1 dulang hantaran..dia sponsored cupcake..tq2..Puan Fiza pun tak kurang jugak..malam tu dia bawak 1 bekas besar arca buah dari air tangan Cik Senah (ibu dia)..Memang terbaik la arca buah mak dia..Aku suka sangat..!!!Kalau korang nak tahu, selain masakan mak aku tersayang,aku jugak suka dengan masakan mak Fiza..Semua yang dimasak sedap aku rasa..dan Puan Fiza turut sponsored 1dulang hantaran iaitu kek tunaang yang aku berikan kepada Anip..Thanx darling..
Kek Tunang..sponsored by : Puan Fiza
cup cake..sponsored by : Suryana...
Malam tu xde ape pun yang perlu dibuat..Cuma Fiza dan jijah tolong masukkan telur pindang yang direbus dalam kotak untuk diberikan pada tetamu yang datang nanti..

Jeng..jeng..tiba hari yang dinantikan..wahh macam nak kawen je..padahal tunang je kan..majlis pertunangan ni adalah majlis aku,tp sikit pun aku tak rasa nervous dari mula lagi..tak tahulah kenapa..Mungkin sebab tekanan kerja di ofis membuatkan aku sedikit lupa tentang perasaan itu..Walaupun jamuan majlis aku ditempah dengan catering saja..aku tak nak nyusahkan mak aku untuk masak2,tp walaupun catering terasa jugak kepenanatannya..Biasalah kalau buat kenduri,sedikit sebanyak kita tetap rasa letih..Walaupun makanan tempah catering,mak aku nak jugak buat makanan2 sampingan..contohnya makanan yang dibuat adalah kuih karipap..Bayangkan aku dok dapur dari pukul 3.30 sampai pukul 5.30ptg semata-mata untuk buat karipap..Lenguh gak dok dapur tu..Tapi berbaloi,sebab karipap yang mak buat laris..!!!sold out tau...

Lepas siapkan karipap,kami gotong royong mengeluarkan perabot yang ada..supaya kawasan tengah rumah lapang untuk sesi perbincangan kedua-dua belah family..mak & angah pulak sibuk siapkan sirih junjung..Mak aku tak nak buat awal2 sirih junjung tu..bukan apa takut layu pulak bile diletakkan kat hantaran..Dalam sibuk2 membuat keje masing-masing,tak sedar dah nak masuk waktu maghrib..Kak Mimi (kakak yg make up kan aku) nak datang selepas maghrib..Bergegas la mandi2..Then,abg kamarul (photographer) aku pun dah sampai...

Setiap detik dirakam dari mula aku di make up hinggalah ke akhirnya..Kawan2 aku yang hadir,Fiza, Jijah dan Natrah..Thanx darling..dan mereka lah temankan aku di bilik..Diorang ni sume berpengalaman dalam bab 2 tunang ni..Maklumlah,dorang dah melaluinya sebelum ini..aku je agak ketinggalan..haha..dalam sibuk-sibuk aku di make up,kawan2 aku ni sakan berposing dalam bilik aku..tak pe,kite sume sama je..:)

bersama mak tersayang...i love u so much..!!!
bersama nak-anak buah auntie lin..
cakkk..!!!nervous dah hilang..so,bermula lah aksi gedik..hahaha..

Selesai je di make up,aku sempat rehat-rehat menantikan rombongan belah laki datang...haaa..time ni aku dh mula cuak..Finally,rasa jugak perasaan itu..Rombongan lelaki datang tepat pada masanya..9.15 mlm  seperti yang dijanjikan..kelewatan tu tak de masalah bagi kami kedua-dua belah pihak..Memandangkan kami berjiran..haha..umah kami berdua dekat sangat2..kalau ketuk2 botol tu boleh dengar la..
hantaran kedua-dua belah pihak
bakal mak mertua menyarungkan cincin risik & tunang..
inilah duit tanda dari pihak lelaki untuk saya yang berjumlah RM 100...

Perbincangan tak terlalu lama..Ada la dalam 30 or 45 minit je..Bila pintu bilik aku dibukak,rumah aku dipenuhi dengan rombongan belah lelaki..haha..tak sangka plak seramai tu..tp xpe..meriahhh...!!! Keluarga sebelah Anip memang meriah dan senang kata,xde yang cakap perlahan-lahan ni..semua volume tinggi..Lepas je sarung2 cincin dan penyerahan duit tanda, rombongan pun keluar untuk jamuan makan malam yang heavy..apae lagi menunya kalau tak bukan NASI MINYAK..terbaekkk..!!!!

inilah PENCURI HATI saya selama  10 tahun sekian lamanya..:)
bersama mak &bakal mak mertuaku...

Dan aku sempat jugak bergambar dengan 'TUNANG' aku tu..kini dia bukan lagi pakwe aku..dia TUNANG aku..dan bergambar sesama family..Seriously,setelah cincin disarung di jari, aku menarik nafas lega..Lega kerana aku berjaya menghadapi dugaan2 yang pernah melanda kami sebelum ini..Pastinya percintaan kami selama 10 tahun banyak ceritera nya..ada pahit,ada manis..Biarlah semua kenangan itu tersemat rapi dalam kotak ingatan kami berdua..
mmmuuuaahhh....!!!sayang kamu semua..

Tetamu terakhir pulang adalah Puan Fiza dan Jijah..11.30mlm jugak la dorang balik..Thanx darling kerana tunggu hingga ke saat akhir..Bila tetamu sudah pulang,bermulalah operasi pembersihan pulak..Selsesai mengemas pukul 1.00pg dan aku berjaya melelapkan mata pada pukul 3.30pg..huaaarrrgghhh sungguh ngantok dan keletihan..Tp,apa pun aku gembira sangat pada malam itu..

Ini ada special wishes to....

Terima kasih tak terhingga kepada Along selaku jurucakap (orang kanan ayah aku) bagi pihak perempuan, dan mengaturkan segalanya agar majlis berjalan dengan lancar..Senang kata,boleh klasified kan along ni as wedding planner la..Kepada mak ayah aku..yang merestui hubungan kami berdua sehinggalah temetrainya ikatan pertunangan ini..tanpa restu mereka berdua,majlis ini tidak akan menjadi..Mak yang bersusah payah menyiapkan hantaran2 aku,bersengkang mata untuk kenduri ini, thanx also to Kak ngah yang set up bilik aku supaya menjadi indah dan cantik di lensa kamera abg kamarul..Abang Johan dan juga Pak cu yang menjadi orang kuat mengangkat barang2..dan tak lupa kakak ipar tersayang,Kak Jun yang menyetelkan keje2 pembersihan di dapur..Thanx a lot..Jasa kalian tak dapat dibalas dengan wang ringgit..Hanya kasih dan sayang tak terhingga dapat diberikan...mmuuuaaahhh....

Special thanks to Kak Mimi yang make up kan lin pada malam tu..I look so different..Aku pun tak sangka muka aku lain bila di make up..Aku tak pernah di make up dan tak tahu macam mana rupanya..Tapi memang cantik sangat hasilnya..Sampaikan ada orang tu tak berkelip bila tengok wajah aku bila di make up..sape lagi kalau bukan tunang aku..hehe..dan photographer yang kami berdua hire sempena majlis tunang ini iaitu Abang Kamarul..Terima kasih kerana memahami diri ini kerana aku agak kaku bila berposing depan lensa profesional..haha..kalau kamera sendiri sudah tentu aku bijak menggayakan aksi tersendiri..tettt..!!! To all beloved frens, album akan siap lagi 2 minggu..tunggu hasilnya nanti..dan bila cd tunang sudah sampai di tangan,pastinya aku akan upload di facebook..

Finally,thanx to those yang banyak membantu secara langsung dan tak langsung..Maaf kalau ada nama2 yang tercicir..Jasa kalian,tidak akan di lupakan..I love u...


2 comments:

natrah jaafar said...

congrats cik lin!!!!..jgn kawen tau ni tau..date dah fully book utk aku & jijah..hahaha

DiEYaNa said...

nyah!!!!!!!!!!!
tahniah dear...u sgt cun...hikhikhik...nk tgk cincin tunang :P ahaks...hikhik
slmt bertunang..semoga tabah hadapi dugaan yea...muahhhhxxx!!!