Friday, January 20, 2012

Terasa diri ini makin TUA

Assalamualaikum semua..

Pagi2 lagi sudah dikejutkan dengan msg Mama Fiza..Walaupun mata masih melekat dan masih berbaring-baringan memandangkan arini keje petang..Tapi,dr msg Mama Fiza,aku dapat mengagak sesuatu..Dia perlukan aku..Cewahhh..Kemudian kami bergayut di telepon hampir setengah jam..Sabarlah sayang dengan apa yang terjadi..Walaupun kami dekat,tapi disebabkan masa kami tak sama,itu punca dan sebab kami tak dapat nak berchit-chat or bergosip-gosip mcm dulu..Finally,lepas abis bergayut,she said 'tq' kat aku..TQ kerana aku sudi dengar luahan perasaan dia pagi2 tu..Dan ucapan TQ tu buat aku terharu dan rasa bersalah kerana tak dapat nak luangkan masa dengan dia macam dulu lagi..Dan terpaksa jugak dia telefon aku pagi2 buta tu..Aku tahu dia tertekan dengan keadaan sekarang..Dan sebagai kawan yang kami kenali sejak kecik lagi,tipulah kalau aku tak risaukan keadaan dia sekarang apatah lagi dalam keadaan dia pregnant ni..ermm duniawi..

Dan selepas letak telefon,dapat pulak 1 msg dari kawan kolej dulu..Dah pun selamat bersalin..Alhamdulilah..Lepas ni kalau jumpa,masing2 kendong anak..Dan bila dapat msg dari kawan lama tu,terus termenung seketika..cewahhh..Kawan baik dah pun nak masuk anak kedua,kawan baik dah ada anak sorang,kawan baik lagi sorang pulak baru je mengandung,kawan2 yang lain pulak bakal melangsungkan perkahwinan...Semuanya sudah berkeluarga dan masing2 bahagia dengan keluarga masing2..Alhamdulilah..Barulah tersedar,rupa-rupanya usia kini bakal menginjak ke 26tahun..Sudah makin tua..sudah makin berusia..Anak2 mereka pastinya memanggil 'auntie lin..auntie lin..' dan anak2 mereka umpama anak2  saya juga..;) Terutama sekali anak2 Mama Fiza, Mama Haida, Moms to be..Pn.Jijah dan Pn Natrah...

Itu saja nak cerita tentang kesedaran saya yang sudah makin tua..:) Perlu ingat..dunia ini hanya pinjaman sementara sahaja..

1 comment:

Hafiza Abdul Latiff said...

Thanks again lin....kawan yang baik adalah kawan yang tidak mengaibkan mereka di depan orang mahupun di blog :), jangan jdikan blog saluran murahan untuk dapatkan publisiti....