Wednesday, March 9, 2011

Indahnya bercuti selama 12 hari...!!!!

Halo dear..i'm back dengan semangat baru..!Yiihhaaa..kalau x bersemangat tak tahu la..cuti bukan main lama..Percutian aku yang agak lama meninggalkan tanda tanya ramai orang..Terutama orang2 di ofis..Ada yang kata aku cuti kawen la..tunang la..sanggup menilik jari mak ni nyah...I tak bertunang lagi ok..Kawen pun blom lg..Berjalan sakan sepanjang cuti ni..Ke kuantan (teluk cempedak) dan yang terbaru ni Fraser's hill..Percutian yang amat bermakna buat aku..Release tension..ringan kepala rasanya..Cuma sepanjang cuti tu aku x berkesempatan untuk ke spa or gi massage..Kalau tak mesti lagi best rasa badan ni kan..Apa salahnya memanjakan diri sekali sekala..Kita dah keje penat2 kan,so inilah masanya untuk perhabiskan duit..hahaha...Tapi rasanya macam nak gi bercuti lagi je...Hahaha..tak ingt2 nak bertunang, nak kawen..

Mulanya aku pikirkan Fraser's Hill xde tempat yang menarik..Ye la apa la yang ada kat kawasan tanah tinggi tu kan..Rupa-rupanya,terisi jugak la 3 hari aku disana dgn aktiviti2..Antaranya, archery (memanah), main kuda (RM5/pusingan) 2 aktivity ni kat The Paddock..Pastu gerak ke Allan's Water untuk bermain-main ngan ikan & berkayak..Aku ni manusia paling takut dgn air..Tak kira lah laut ke tasik ke..Tapi disebabkan ada hero kat sebelah,so jadi berani lah sikit..Pastu bermandi manda kat air terjun..Lama gile tak lepaskan gian mandi kat air terjun..Serius cakap,air terjun dia mmg sejuk giler..!!Menusuk ke tulang..So,xde la nak mandi lama2..Cakap pasal air terjun ni,kaki aku jadi lebam2 disebabkan mandi air terjun la..berlanggar dengan batu sana sini..Pastu ptgnye plak,menghabiskan masa untuk bergambar sana sini..Kalau dah nama ZELINDA, memang pantang jumpa kamera..Tengok je la gambar bawah ni..casing camera mmg sentiasa tergantung kat leher..So,layanlah gambar bawah ni..gambar mmg byk sgt..tp aku jes select yang ok2 saja..perlu ditapis..!!wahhh..Lg 1,blog ni kan mengong..kang dia x mau upload gmbr aku lak.. 

nak naik kuda..tp takut..
inilah tempat aku naik kuda tu..ntah mcm mana aku boleh tersebut PADLOCK..bantai tergelak orang tu..(excited nak tgkp gambar sebenarnya)
kat sini aku bagi mkn ikan kat tasik & main kayak..(kayak ke namanya..aku pun tak berapa pasti)
terasa mcm kat oversea lak waktu ni..hikhik..



Inilah trademark Fraser's Hill..

kabus tebal sgt2 selepas ujan..



sudah mau pulang ke kl..
 Walaupun sudah beberapa hari pulang ke KL,tapi serius aku cakap,hati aku masih tertinggal di Fraser's Hill..Fraser's Hill bersih sangat2..!!! Teringin lak nak gi BUKIT TINGGI sekadar untuk menghabiskan masa seharian di sana dan menghabiskan bateri kamera..!!!

NOTE : Eh tak sangka lak boleh upload gambar kat blog ni..sekian lama blog ni sepi tanpa sebarang gambar dan cukup hambar sekali bila tiada gambar..Mungkin sebab blog kah..??? atau mungkin disebabkan kelajuan internet kat umah along aku ni yang melampau kah..??? Anyway,here u are..all about my vacation..

1 comment:

lazirza said...

cuti sakan nampak...
seronak ye dapat hilangkan tekanan