Saturday, December 10, 2011

Kursus Pengurusan Kewangan,Tumpat

Assalamualaikum semua...

2-6 Disember 2011 aku telah hadiri kursus Pengurusan Kewangan di Tumpat,Kelantan..Sebagai orang gomen hadiri kursus 7 hari setahun sudah menjadi kemestian..Untuk pengetahuan korang,inilah pertama kali aku jejakkan kaki di bumi kelantan..Memandangkan aku tak pernah bercuti di sana dan tak ada pulak sedara kat sana..Sedara2 aku kebanyakan nye belah selatan...Nak kata,teruja sangat untuk ke sana,tak la kot..biasa2 je..Sebab,sikit sebanyak kami yang pergi dah dengar perkhabaran macam2 tentang Pusat Latihan Tumpat tempat kami berkursus tu..Barang-barang kursus pun packing last minute..Sebab ari sebelumnya tu aku masih lagi bekerja...



sewaktu dalam bas menuju ke Pusat Latihan Tumpat

2 Disember kami bertolak dari HKL tepat jam pukul 9.00pg dan alhamdulilah kami semua 2 biji bas selamat sampai di Pusat Latihan Tumpat pada pukul 5.30ptg..Long journey..badan terasa amat letih dan tulang punggung mulai rasa reput..hahaha...Aktiviti hanya dimulakan pada malam tu dan hanyalah sesi pengenalan diri..Seramai 87orang peserta menyertai kursus ini dari semua unit bermula gred 17-32..Dan of course kebanyakan yang pergi sudah pun berkahwin..Yang tak kawen mcm aku ni hanya berapa kerat je..:)

03 DISEMBER 2011

Bersama roomate yg terdiri dari PT dan staff nurse..




kami bertiga wakil dari UNIT HASIL UTAMA,HKL

Bas ini yang membawa kami sampai ke Tumpat..

bersama peserta-peserta kursus..


Abis je slot ceramah tengahari tu,kami semua ada agenda special pada petangnya..Kami semua dibawa ke Pengkalan kubor utk shopping mopping..Aktiviti yang mencerahkan biji mata semua orang..



kalau dah kata perempuan,mmg pantang tgok camera kannn..??? jgn marah..
beginilah rupanye, Pengkalan Kubor..


mencari barang yg dipesan kawan2 ofis..



ini bukti kami sudah sampai kelantan..hahaha
Dan pada malamnya pula,selepas slot Pengurusan Hasil dari bos aku,kami semua ke Wakaf Che Yeh..haaa..masa malam ni badan aku dah mula rasa lain..Rasa seperti mau demam..badan dah mula rasa sakit & sengal-sengal macam orang tua..Dapat rasa tak aktif mcm selalu..Waaaa...!!!1


walaupun dah terasa nak demam tp larat lg ku ukir senyuman buatmu..wahhh..gedixx..!!

menanti mee celup..tp makan x abis pun..
 Balik je dari Wakaf Che Yeh telan panadol 2 biji dan badan mulai panas mungkin menjangkau suhu 38darjah..terus terbaring dan tak mampu nak buat pape lagi..Mungkin badan terlampau letih..

4 DISEMBER 2011

Seperti yang dijangka, demam makin melarat dan kali ni memang betul-betul tak larat utk hadiri slot2 ceramah sepanjang 1 hari di dewan..Minta pada urusetia untuk excuse aku..Kemudiannya,urusetia naik ke bilik untuk lihat keadaan aku..dan bawa aku ke jumpa doctor..Nasib baik hospital sebelah je ngan Pusat Latihan tu..Tak de la kena jalan jauh2..Itupun x larat ikutkan ati..Tapi gagahkan jugak badan..Jalan seiringan dengan ursuetia sambil paut tangan dia..Urusetia tu perempuan dah tua lebih kurang sebaya mak2 kita je..

muka demam,gitulah rupenye..Memang lemau/lembik badan dibuatnya..so,I'm ready to see doctor..!!
Pergi hospital,ada la dekat sejam jugak menanti itu ini untuk selesai..Suhu badan memang terlampau tinggi 38.9darjah..As usual,doctor bagi ubat berkoyan-koyan yg patut dan wajib dihabiskan.Lagi2 antibiotik tu..1 beg plastik okeh ubat2 nye..tersengkang-sengkang kat tekak jawabnya..So,lepas jumpa doctor ursuetia mintak aku rest je dalam bilik...Hohoho..takut woi tinggal dalam bilik sorang2.Setelah dengar bermacam-macam cerita..Tapi badan dah tak larat sangat,belasah je la..So far sepanjang aku sorang2 dalam bilik,xde apa yang pelik berlaku..Alhamdulilah..

Demam melarat sampai ari Selasa..3hari dah demam..Tapi masih tak kebah2..ubat tetap aku telan..Hari selasa tu la heaven utk orang2 perempuan sebab kami akan pergi ke Rantau Panjang untuk shopping lagi..Tapi dengan keadaan aku macam ni,badan panas,sakit kepala mood untuk shopping hilang..Tapi aku tetap follow dorang memandangkan hampir setengah hari dorang tinggalkan aku,better aku ikut je..Jalan la perlahan-lahan setakat yang mampu..

sian je muka orang demam kan..Puas dah muntah2 sepanjang jalan tu..muka pucat je..
Balik dari Rantau Panjang ni,badan lagi tambah panas..roomate aku yang staff nurse tu bertanggungjawab jaga aku..Best tau ada nurse peribadi nih..Disebabkan aku ni takut makan ubat,nurse2 ni siap bawakkan ubat & air kat tepi aku and makesure aku makan ubat pada waktu yang betul..Sayang koranggg...!!! Tak terbalas jasa korang semua yang menjaga aku demam sepanjang 4 hari..Lama tu demam..Sampaikan balik kl pun aku masih lagi demam..Sebab tu tak banyak gambar ditangkap.Owner camera demam la katakan..

NOTE : Kita tak jangka kesihatan kita di kemudian hari macam mana..kita datang,mmg dalam keadaan sihat,kita pulang x semestinya sihat jugak...Actually,sangat jeles dengan kawan2 yg shopping sakan tu..Sebab saya tak dapat nak shopping..Nak bawak badan pun terhuyung hayang...Kesana ke sini berpimpin tangan..Ntah la kepala teramat sakit sepanjang demam kali ni..dan inilah demam paling worst aku rasakan..Alhamdulilah,kini sihat seperti sedia kala setelah ubat yang berkoyan-koyan itu dihabiskan..Next kursus kalau ke Kelantan,kita shopping cukup2..kaw..kaw..!!!

2 comments:

intandayani said...

I'LL BE THERE 24-28/5 NI..INSYALLAH..tah2 kte kenal kan?sme HKL nmpknye

Zelinda said...

wah kursus kat sana eh..??sama2 hkl?haa..cari lin kat unit hasil..:)