Saturday, November 3, 2012

Cenderahati buat tetamu...

Assalamualaikum..

Haa dari aritu lagi nak update pasal cenderahati ni.Tapi macam berat je hati. Bukan apa, takut nanti orang bercakap,"itu je ke gift nye??" Tapi itulah yg aku mampu dan yang terlintas kat kepala ni..Bila kita dah lalui fasa untu berkahwin  barulah kita  tahu betapa payahnya untuk tetapkan gift ape untuk diberikan pada tetamu..Memang zaman sekarang ni banyak sangat gift yg dijual dan yg menarik.Tapi,sebagai pengantin yg merupakan pengeluar dana untuk gift ini maka korang semua kena bijak memilih gift yg mengikut citarasa anda serta citarasa poket anda..

Macam aku tak cerewet sangat dan tak menetapkan perlu ada barang ni dalam box aku,wajib ada..Tak la sampai macam tu.Apa yg menarik,aku beli dan pasti mengikut bajet aku..Kira2 harus ada dalam membeli barang2 serupa ini agar tidak melebihi bajet..Dan kalau beli dalam jumlah yg banyak,pasti dapat kurang.Dalam meneliti gift2 ni,korang perlu rajin survey sana sini..Masuk kedai sana sini cuma mintak murah selagi dapat..Itu hak kita kann..Rugi woo x mintak kurang.Sebab kita beli jumlah yg banyak..

Untuk wedding aku ni, aku tak kesampaian pun nak ke Nilai..Orang kata,kat Nilai barang2 kawen murah2.Tapi tu la,nak ke sana hanya dengan 1 tujuan ni saja,macam malas pulak..Nilai..?? Jalan nak menuju ke kampung aku dah tu..So,sepakat dengan mak untuk beli gift2 ni kat KL saja iaitu Chow Kit..Lagipun dah jumpa kedai yang murah..Kedainya terletak di dalam kawasan Pasar Chow Kit (belakang pondok polis).Kedainya sebelah hujung sekali..Sori xde gambar kedai tu..Nama kedai tu B and B Handcraft..Owner kedai tu pun dah kenal sangat dgn muka aku..Kalau tak beli,aku selalu singgah untuk tgok2 ape barang yg baru sampai.Dah kata perempuan,mmg gitu la..

Mulanya,berkenan nak beli jar ni..tp harus dipikirkan pula apa brg yg sesuai diletakkan di dalam bekas ini..Takkan nak bagi kosong je kan..?Perlu ada barang di dalamnya..
Box kayu yg berisi key-chain dan pen comel ini menggoda mata i & memanggil-manggil supaya dibeli..RM40/25pcs
Lolipop panjang ni cantik la..sesuai sgt kalau bagi kat kanak-kanak pengganti kpd gula2..Amik sebatang sorang..Harganya RM 9.50/50 batang dalam 1 balang tu
Jelly
Dan Jelly lagi..
Marble cake bersama box..(cantik jugak ni)
Ok dah puas dok tinjau2, buat kunci kira-kira maka dgn ini satu keputusan muktamad harus dibuat untuk dijadikan sebagai cenderahati buat para tetamu..Dari gambar2 di atas aku memilih box kayu yg berisi key-chain & pen comel, lolipop panjang ,jelly dan juga tuala comel sbg pemberian ikhlas dari pengantin buat anda semua..Tapi, gift yg aku beli tu xde la aku bg bulat2 mcm aku beli kat kedai borong tu plak kan..Aku hias cantik2..Gunakan kreativiti yg ada..Kebetulan,material untuk buat hiasan tu ada.So,gunakan sebaik mungkin..

Haa..ini rupa box kayu yg telah siap dihias..Tertera nama i kat label tu kann..auwww..!!








Mulanya tuala comel aku nak dilipat seperti ini..Tapi mak kata,simple sangat..Gambar dari google..So,tuala comel aku dilipat macam ni....
-

-

-

-

-

-

-

-


Variasi color tuala..
Sudah siap semua..Maka gift2 ini perlu simpan dalam kotak agar sentiasa dalam keadaan baik2 sahaja..Senang simpan dalam kotak, memudahkan keje mengangkut ke dewan nanti..

Itulah antara gift2 dari saya..Zaman sekarang ni, kalau kita bg itu saja,org bercakap..kita bg mcm2 barang pun orang bercakap.Pendek kata,apa kata orang jgnlah sesekali kita amik pusing..Masuk telinga kanan kuar telinga kiri..Perlu ingat,setiap tindakan kita,keputusan kita bukan mudah untuk memuaskan hati kesemua pihak..Buat yg kita termampu..Tak perlu ikut kata org lain..Buku kira-kira merupakan kawan rapat buat si bakal pengantin yg bijak..Betul takk..? Apply semula ilmu2 akaun yg pernah dipelajari dalam situasi ini..(Tetibe teringat Cikgu Mazlan yg ajar Prinsip Akaun Form 4 & Form 5..Datang ke kelas melenggang tanpa buku kat tangan) *buat aku tergelak sorang-sorang lak sekarang ni* Uihh..jaun menerawang aku ni..Biasalah kuat berangan sejak akhir2 ni..Hahahaha..

NOTE : Lunas jugak hutang aku pada kamu semua tentang cenderahati kawen saya..Ada lagi actually gift tu.Tapi still in progress and gambarnye pun x sempat nak tangkap lagi..

3 comments:

Anonymous said...

berminat la gula-gula dalam tabung tu....mcmana saya nak dptkan...kebtulan saya nak buat birthday anak....nt emel saya tengky_haslina@yahoo.com

i d a n y o k said...

salam,

kakak beli set pen ngan keychain tu kt mane? PM ida eh email : norshahedah@gmail.com

i d a n y o k said...

berape rm akak beli ?