Friday, June 22, 2012

Happy 11th Anniversary..

Alhamdulilah..syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk masih berada di muka bumi ini bertemankan org2 sekeliling yg menyayangi diri ini dan juga ditemani MIA selama 11tahun ini..Wahh mcm tak caya hubungan kami dah cecah ke angka 11 tahun..Tak pernah kami berdua sangkakan hubungan yg bermula dgn kacau2 nakal dari MIA ketika zaman sekolah akhirnya kekal hingga ke saat ini..Yang bakal kami akhiri dgn ikatan pernikahan tak lama lagi,insyaallah..
23 JUNE 2001 - 23 JUNE 2012


Bak kata org,lamanya hubungan seseorang itu bukanlah kayu pengukur dan bukan jugak penentuan kebahagiaan seseorang..Memang ada yg mengatakan pada aku, apalah yg perlu dibanggakan dgn hubungan yg selama 11 tahun itu..selagi tak duduk sebumbung bersama..Yaa memang betul,mungkin aku tidak mengenali MIA keseluruhan..Tapi,setiap hari aku adalah hari untuk aku belajar mengenali MIA dgn keseluruhan..Learning process is never end..

Aku bukanlah bangga dengan hubungan yg selama 11 tahun ini malah, aku sendiri kagum dgn diri aku dan juga diri MIA yg menyebabkan hubungan ini kekal hingga kini..Jatuh,bangun, pahit, manis,suka, duka, gaduh, berbaik, adalah asam garam dalam hubungan kami..Usia mematangkan kami..Alhamdulilah, kami berdua semakin matang selari dgn usia kami..Tak perlu aku ceritakan disini ttg detik pertemuan kali pertama kami.Dan seingat aku,ada aku ceritakan pada blog ini bagaimana titik permulaan perkenalan kami..Tapi yg pasti, aku tak pernah sesekali lupa pertemuan pertama itu di Tasik Titiwangsa..

You Took My Heart Away...


Selamat Ulangtahun Perkenalan, sayang..(aku tahu,dia sedang baca dalam diam2 tanpa pengetahuan diri ini..) Terima kasih atas segala pengorbanan, cinta dan sayang yg kamu berikan..





Exam KPSL..sempat ke nak study ni..??

Assalamualaikum semua...

Arghhh stress aku..Macam ni dalam sektor awam,memang tak lekang dari 2 perkara..Iaitu kursus yg sebanyak 7 hari setahun dan jugak EXAMMMM...Aku ni bertuah kerana dikurniakan sahabat yg sangat2 alert terhadap diri ini dan sahabat yg ingin sama2 berjaya..Syukur alhamdulilah kerana dapat kawan mcm ni..

Alkisahnya begini..Aku tak sangka,kawan aku,Cik Yana ada mohonkan utk aku exam KPSL untuk naik ke gred 27..Dan awal bulan baru2 ni,kawan2 ofis sume dah sibuk mula study pape yg patut utk mengahdapi exam KPSL ni...Yg aku rilex la..bajet mcm aku tak kan amik exam ni..Tiba2 21Jun aritu,kawan ofis call bagitahu nama aku tersenarai dalam menduduki exam KPSL pada 3-5Julai ni...Makk aii pitam seketika..Preparation is 0..Tak tahu ape topik2 yg masuk dan setahu aku 3 paper,A,B dan C adalah esei..Haa kelentong la Cik Lin mcm zaman belajar dulu kala..Haha..

Ikutkan ati mcm malas nak amik sebab suntuk sangat.Tapi,mak sebagai tonggak utama dalam hidup aku bagi semangat pada aku untuk terus amik exam tu..Mak yakin kot yg anak dia boleh jawab..Insyaallah mak..Cubalah buat yg terbaik.Lama sangat tinggalkan zaman2 exam ni..Teringat masa buat Diploma dulu..Huhh nervous,mcm2 ayt dibaca sebelum masuk exam hall..Dan habit lama,datang kembali..Tak keruan dibuatnya..
inilah buku2 yg patut dibaca & bakal direbus..hihi..


Untuk pengetahuan semua, exam KPSL ni perlukan 3 buku untuk dibaca iaitu Perintah Am, PKPA, dan Undang-Undang Umum..Haa amik 3 buku ni pastu REBUSSS...!!! Then minum..! Semoga Allah permudahkan exam aku nanti dan lulus...!!! Harapan setinggi gunung..Aku hanya mencuba,sekiranya xde peluang and rezeki,usaha lg masa akan datang..


Monday, June 18, 2012

Baju Raya..Warna coklat lagi..???!!

Assalamualaikum semua..

Pagi ni nak cite pasal baju raya..Actually sape2 yang tak tahu tu,buat tahun ni aku tak dapat beraya.Giliran aku untuk bekerja @ beraya di ofis..So,semangat untuk beraya tu macam kurang la sket..Cuti pun dapat may be seminggu selepas raya.Itupun tak la lama sangat.Dalam 4 ari..Seperti tahun yg lepas,aku beriya-iya beraya dgn baju 2,3 pasang..Tapi tahun ni baru je sepasang yg ada..Tu pun color kuning..Wahh jarang sekali aku kenakan dgn baju warna kuning ni.Ntah la aku tgok baju tu comel je..Kain cotton..

Aku dan MIA tak pernah bincang untuk buat baju sama color seperti pasangan lain..Kalau tersama tu memang secara kebetulan la..Dari zaman2 bercinta pun mmg macam tu.Tiba2 datang beraya kat umah aku,aikkk baju sama color..Tapi berbeza plak tahun ni.Dan menjadi satu perkara pelik plak bila MIA nak baju sama color.

Citenya mcm ni,aku bgth MIA yg aku dah beli baju raya saiz XS..Tapi x muat..(Bajet masih boleh pakai lg saiz tu..hampehh..).So,terpaksa tukar saiz S.Perasaan amat sedih sbb saiz yg selama ni aku pakai,dah x muat lagi..Betapa kembangnya aku..??Ooouuhh no..! Dan tetiba dia msg, " Sayang,baju raya kita tahun ni warna coklat eh.." Yess kita memang selalu bincang melalui msg,x pun call..Jgn buat muka pelik ye..Lepas MIA msg mcm tu,oohh coklat lagi..Tahun lps dia ada bg baju kurung pun warna coklat jugak..Aku pun terus kata,okehh..tanda setuju..So,walaupun kita tak dapat nak beraya bersama di pagi raya,i akan cuba dapatkan baju warna coklat..Mana la tahu2 kot ada org tu nak datang beraya kat ofis ke...(cehh mengharap..:) )

Buat masa dan saat ini,aku masih belum dapatkan baju warna coklat & mungkin beli siap je..Mana ada tailor yg nak amik tempahan lagi.Semuanya dah tutup,x mo terima tempahan untuk raya..Sad..

inilah baju raya yg MIA bg tahun lepas..
NOTE : Ada perubahan..good progress MIA sejak2 nak kawen ni..I like..Boleh tersenyum sampai ke telinga saat2 ini..Thanx for the good changes u made..


Sunday, June 17, 2012

Happy Father's Day, Ayah...

Hari ini 17 Jun 2012 merupakan Hari Bapa seluruh dunia..Dengan ini saya ingin ucapkan Happy Father's Day to all daddy and daddy wan a be..:) Especially to ayah saya, Baba (Along saya), Abah (Abg Johan) dan juga MIA (geletis kann..he will become a daddy one day..Insyaallah)..

Along & Ayah ketika menunaikan haji tahun lepas
Sesungguhnya, pengorbanan ayah sepanjang 26 tahun ni terlampau banyak buat elin..Terima kasih kerana lengkapkan diri kami adik beradik dgn makan,pakai,tempat tinggal yg cukup selesa bagi kami..Kasih sayang yg tidak terhingga..Walaupun kasih sayang itu tak pernah ditunjukkan tapi kami semua tahu,ayah amat sayangkan anak2 dia yg 5 orang ini..Alhamdulilah,berkat usaha gigih ayah mencari sesuap nasi suatu ketika dulu untuk sara kami sekeluarga akhirnya,kami semua berjaya hingga ke menara gading menjadi orang yg berguna dan hormat serta sayang tak terhingga pada mak ayah..Tak sesekali akan melupakan segala pengorbanan itu..Dan kini,tiba waktu untuk ayah rehat dan anak2 yang ada ni utk menjaga makan,pakai ayah seperti ayah menjaga kami dulu..Terima kasih kerana menjadi Kapten kami sekeluarga...Happy Father's Day, Ayah..!!!

Kepada mereka yg telah kehilangan ayah,cukuplah kalian sedekahkan Al-Fatihah tanda kalian ingat pada ayahanda tersayang..Dan bagi mereka yg masih memiliki ayah,hargailah mereka sementara mereka masih lagi ada di dunia ini.

NOTE : Tak pernah sesekali lupa pada arwah Pak Latif(ayah Fiza) dan arwah Pakcik Hamzah (ayah MIA) raut wajah mereka masih segar dalam ingatan..Mereka seperti ayah aku sendiri..Tak pernah dianggap org lain..Al-Fatihah..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yg beriman dan bertaqwa dan aman di sana..Amin..


Saturday, June 16, 2012

Wedding : Kain ela untuk family

Assalamualaikum..

Actually entry ni dah basi dah..kawan baik i dah update dalam blog dia terlebih dulu.Maklumlah mak ni tertinggal keretapi sket..Mencari masa untuk ngapdate blog nih..Pada 21 May yg lepas,aku keluar berfoya-foya bersama rakan baik aku sebelum dia berehat panjang nanti..wahh..Tak ke mana pun.Teman dia checkup kat hospital,then kami berdua serang jalan TAR dgn tujuan membeli kain ela untuk kaum keluarga aku utk dipakai masa kenduri aku nanti serta kain langsir bilik pengantin..Sebelum plan untuk keluar,aku dah catit berapa meter kain yg perlu aku beli.Ini penting agar tiada pembazairan berlaku serta membuat bajet untuk semeter kain dan darab la dgn brp orang ahli keluarga aku..(Sejak nak kawen ni,pandai plak buat bajet ekk..kalau x,hentam kromo je beli..HARUS okehh utk semua bakal pengantin)

Entry sebelum ni aku dah mention apa color tema untuk side aku kan..Of course warna pink..Dulu tak la fanatik sgt dgn warna pink ni.Tapi bila dibuat majlis pink ni nampak cantik plak..Dan Puan besar a.k.a mak pun gilakan warna pink.Apa saja warna pink tetap dikatakan cantik.Tak pernah kata tidak..

Dan kedai kain yg aku serang adalah Nagoya..Selain dari cari kain ela untuk majlis aku,aku mencari kain pasang korporat untuk dipakai kat ofis ni.Aritu orang kat ofis ni dah collect duit utk beli sekayu kot.Tapi disebabkan aku keje malam,nama aku tertinggal..Sian mak kann..Di anak tirikan.So,dorang bagi contoh kain untuk aku cari kat Nagoya tpt dorang beli.Puas merata kami berdua cari tp hampa..Lastly,beli la kain yg corak seakan-akan dgn contoh yg aku ada tu..

haa..yg kiri tu baju korporat aku..belah kanan tu baju raya mak aku..khas utk emak..:)

Walaupun tahun ni tak dapat balik beraya,baju untuk mak tetap tak dilupakan..Puas ngorat Pakistan kedai kain tu..Dpt jugak harga yg aku inginkan..



credit pic Mama Haikal's blog

Tadaaa..inilah kainnya nanti..Kain baju melayu lupa mak nak tangkap..
Aku ni jenis tak cerewet dan aku susah nak pandang ke lain kalau bagi aku the first sight is attraction..Macam kain ela atas ni..Sambil aku mencari-cari kain korporat,tetiba terpandang kain ela pink atas ni.Terus hati bercakap, "cantikk..!!!" Pastu panggil Fiza tanyakan pendapat dia.Haruslah tanya dia kan,apa guna pergi berdua kalau tak boleh bertukar-tukar pendapat kann..Fiza pun kata cantik..aku tengok kain dia pun ok.Tak mudah pecah dan yg penting harga masih dalam bajet mak..Apa lagi terus rembat tanpa memikirkan kain yg lain..Sambil auntie atas tu potong2 kain,cuba gak tgok2 yang lain,tp langsung tak berkenan.So kain ni beli 16meter..Untuk mak,kak jun,kak ngah and kak uda..

Selesai bab kain ela,meneruskan misi mencari kain langsir untuk bilik aku serta tirai untuk hiasan bilik pengantin..Puas gak meronda,akhirnya jumpa jugak..


kain langsir bilik
Dah jenuh berjalan sana sini,tekak pun haus..Selera kami berdua memang sama dari dulu hingga kini..:)


Ice-blended pujaan kami berdua..sweet kan kitorang..?? Credit pic Mama Haikal's blog
 Petang tu pulang pun tak lah lewat sangat..Sebab aku terpaksa bekejar ke Kuang untuk jumpa org catering bersama mak & adik MIA..


Inilah hasil tangkapan pada hari itu..Sakit bahu mak galas beg..Berat wooo kain2 ni..
 Last but not least,thanx a lot to my beloved fren kerana sudi teman aku aritu di saat2 dia tgh sarat mengandung..Dalam hati ni risau je sepanjang berjalan ngn Mama Fiza ni..Ye la org tgh sarat,paham2 la..Tp,Mama Fiza memang kuat..kuat jalan..hihi..:) Dulu masa aku sibuk membeli barang untuk tunang,dia jugak yg teman..Terpaksa tinggalkan Haikal sekejap sbb mama nak teman auntie lin beli barang..

NOTE : Kain2 ela yg dibeli tu dah diedarkan kepada adik beradik yg jauh dan dekat..Harap kain dan corak tu disukai dan perlulah siap sebelum Disember menjelang..Tapi dipakai ketika majlis ke tak,Allahualam..so sad..:(

Aku hanya merancang tapi sesungguhnya Allah yangmenentukan segalanya yang terbaik buat hambanya..



Saturday, June 9, 2012

Tempoh 6 bulan untuk berdiet..Sempat ke..?

Hahhh..orang kata nak berak,barulah sibuk2 korek lubang..Dah nak sampai ari majlis baru prasan badan gmok..Aduiii..Actually,memang perasan sangat badan makin sihat dgn jayanya sejak bercuti kat Langkawi bulan April aritu..Perasannya bila review balik sume pic2 holiday.Macam tak caya dalam gambar2 tu aku..Nak kata kuat makan,x la kot..(masih tak ngaku lg tu..)..Kawan2 ofis memang selalu tegur badan aku makin naik..Tp nak buat mcm mana,aku ni memang spesies senang naik berat badan tp susah sangat nak turun..Korang pun mcm tu jugakk kann..hihi..

Pastu kawan2 ofis sume dok bising2 nanti x muat baju pengantin la, ada yg panggil 'gmok' la, so dgn ini saya nekad utk berdiet..Semangat utk diet ni datang apabila aku bercuti kat kulim aritu.Tengok cerita Awan Dania 2 (ulangan), si Dania ni sibuk untuk kuruskan badan dan dia telan la macam2 jamu,jogging,gi gym..Dari situlah timbul semangat..Tapi, aku tak de la sampai tahap nak telan jamu..Aduii tak tertelan jamu2 ni..Kebetulan,aku ada lagi beberapa ari tak ganti lagi puasa.Dan sambil kita ganti puasa kerana Allah Taala,dalam masa yg sama kite boleh jugak diet..Dan practice prot ni utk puasa bulan Ramadhan nanti.Tak delah terkejut sangat kann..

Masa cuti kat kulim baru2 ni, ada sorang doktor tak berbayar ni check blood pressure, kandungan gula dalam badan,dan juga timbang berat badan..Dari pemeriksaan, tekanan darah aku rendah..(tak ingatlah berapa bacaan kat alat tu)Cuba kalau kat tempat keje,sure tekanan darah aku tinggi melampau-lampau..hahaha...Kandungan gula..??Segan nye nak cakap..Normal people average 4.00-5.00 tapi aku 7.5..Kalau check kat klinik Gill comfirm doc aku tu tepuk dahi..dgn cakap "ayo..yo adikk.." macam yg penah doc cakap kat mak aku dulu..Tinggi jugak sebenarnya..Dalam usia muda macam aku ni,dgn ape sahaja aku belasah tu yg dpt 7.5 dan salah satu sebab,kurang minum air masak..Start dari pemeriksaan tu,aku cuba utk banyakkan minum air masak dan sedang berusaha gigih utk tidak minum ais..(boleh ker..???) Lagi satu berat badan..sebelum timbang dapat rasa memang berat akan naik tapi tak sangka la sampai cecah 50.2kg..Ini pertama kali aku cecah angka 50 okehh..dan penimbang digital tu menunjukkan lambang org gmok..Means,obesiti..Rasa nak baling ke dinding je penimbang tu.Perli aku lak..Uisshhh memang mcm tak caya la..Tak pe,ada lg 6 bulan sempat kot nak turunkan berat..Aku anggap itu sume cabaran utk kurus..Chaiyokkk..!!!Aku ni ketinggian tak seberapa,so bila badan naik memang ketara sangat la kann..Nevermind,usaha tangga kejayaann..!!!

Harapan aku, bulan disember nanti aku kembali langsing..wahh statement mengegarkan jantung..! Supaya cantik duduk di pelamin nanti..:) Cakap pasal gmok ni,MIA pun makin gmok jugakk..So,My Incik Anip sila berdiet okehh..

NOTE : Semoga diet aku menunjukkan hasil...dan semoga impian menjadi kenyataan..!! MARI BERDIET..!!!!


Friday, June 8, 2012

sudah kembali bekerja...weehuuu...!!!

Sudah kembali bekerja pun gembira lagi ek..Refresh..sekian lama bercuti.Mood bekerja berkobar-kobar plak sampai..Trasa lama sangat tinggalkan ofis..Kawan2 pun dah dok rindu2 kat kite ni..Alhamdulilah,kami sampai di LCCT pukul 6.15pm..Xde delay2..bagus mcm tu Air Asia..Kalau delay2 tu yg buat meluat..Perjalanan pulang kami sangat menyeronokkan..Kenapa seronok sebab kami di entertain oleh steward yg mukanya macam Dafi AF tu..Tapi,bg aku steward ni lagi handsome..Polite sgt..Kalau ikutkan seat kami bertiga adalah di tengah2 a.k.a di sayap kapal terbang tu,tp masa check-in kami dapat hot seat..iaitu seat no.2..So,dari seat no 16A,16B,16C tukar kepada 2A,2B,2C yg boleh dok ngadap steward tu bercakap,buat keje..Hahaha..gatai kann..

Di Kulim,kami semua terkejar-kejar ke airport Penang sebab mak ayah mestilah nak jumpa besannya terlebih dulu sebelum pulang kan..Sepanjang percutian ini,aku tak habiskan masa sangat dgn bergambar.Walaupun camera kesayangan ada je sentiasa dalam beg tp macam seolah-olah lupa tentang kewujudan camera tu..But,sebelum berangkat pulang,sempatlah abadikan sekeping gambar di Balai berlepas Airport Penang bersama keluarga Angah..

Makin besar keluarga mak ayah aku ni dgn kehadiran org baru tak lama lagi....tettt..:) (Pic taken by Abg Johan)
Jeng..jeng..orang baru..??? Wahai rakyat jelata, beta akan dapat lagi sorang anak sedara pada bulan DISEMBER nanti..Insyaallah..Wahh..kenapa harus dibesarkan bulan Disember tu..?? Bulan DISEMBER 2012 mungkin Angah & family tidak hadir di majlis aku nanti..Mungkin sedang sibuk berpantang..Naseb badan..Sedey jugak sebenarnya, bila melibatkan majlis yg besar2 macam ni ahli keluarga tak cukup.Bila tangkap gambar tu rasa kurang sgt..Tapi nak buat macam mana..Auntie Lin dgn mak la kena kerja keras sikit demi wedding bulan 12 nanti..Satu perkhabaran yg mengejutkan tapi dalam masa yg sama happy sebab dapat anak buah baru lg..:) Nvmd..i will do it..! So,hanya bergantung harap pada hero2 Cik Tinah & Wak Nahari saja la..Along and Boy..No excuses for both of u okehhh...!

Dasar pandang ke hadapan,anak dah nak bertambah terus je tukar kereta baru..Ceiitt..! Tak pe dulu Yai'e pun macam tu jugak..Dari kereta kecik tukar kpd van,bila dah tua2 ni tukar balik kereta siap ada driver tau..(aku la drivernya..:) ) Pandai simpan rahsia Angah ngan Abg Johan ni tau..

Bila dah balik KL, rindu pulak kat budak2 ni..Dulu time dorang kecik2 selalu sangat keliru muka aku dgn mama dorang..Bayangkan,anak Angah sendiri boleh keliru mana Mama dorang ngn Auntie Lin..Mungkin muka aku ngan Angah ada iras2 skit kot..Tinggi sama la kot..Kelebaran badan,masih dijuarai oleh aku..hahaha..Pakaian tu mmg jauh beza la..Toksah cakap..

Okeh setakat tu percutian kami di Kulim..

NOTE : Rasa patah kaki bila majlis yg besar2 tak cukup kakitangan yg membantu..GO ELIN..GO ELIN...U CAN DO IT...YEEHAAA...!!!!


Monday, June 4, 2012

Entri Tertunda : Selamat Pengantin Baru Syafa

Assalamualaikum..

Okey kejadian ni berlaku pada 26 Mei 2012..Disebabkan aku x dapat nak update blog pada ari kejadian,maka aku kumpul segala2 maklumat dan gambar dlm exrternal ni dulu..Bila ada kesempatan seperi sekrang,barulah update..

Firstly,aku nak ucapkan slamat pengantin baru buat roomate aku masa belajar dulu..Kami dok sebilik dari Sem 1 sampai Sem 4 x silap aku..Namanya Syafawati..Panggilan manja aku pada dia 'Kak Capa' comel kan bunyinya.Ya..memang dia lebih tua dari aku..Dan di ari kenduri jumpa housemate yg lain..Antaranya,Rena & Dayah..So,gunakan masa yg brp jam tu utk bergosip sekejap..Maklumah kami dah lama sgt tak jumpa..

MAJLIS PERSANDINGAN CAPA
Tarikh : 26 Mei 2012
Tempat : Dewan Meranti MBSA,Sg Buloh


tu dia..pengantinnya..

bersama Dayah..

Dayah & Rena

bersama pengantin


NOTE : Selamat Pengantin Baru buat kalian berdua..Semoga bahagia hingga akhir hayat..dan juga seamat melayari bahtera alam rumhtangga..Aminn...Who will be next..????


Setahun sudah menjadi tunangan orang..

Assalamualaikum semua..

Pagi ni tetiba alarm reminder hp bunyi2..Dah sibuk2 bercuti ni x perasan yg arini 4 jun 2012..Maka dgn ini,genaplah setahun aku dan MIA bertunang..Rasanya baru je rombongan meminang datang ke rumah semalam..Rupe-rupanya dah pun setahun..Dalam tempoh bertunang selama setahun ini banyak dugaan dan rintangan yg mendatang yg kami berdua lalui..Apatah lagi kami berdua duduk berjauhan..Hanya Allah saja yg tahu hebatnya dugaan kami di alam pertunangan..

Jarang sekali orang bertunang lebih dari setahun..Tak macam aku dan MIA..Memang sepatutnya perkenalan yg dah bertahun tak perlu diikat dgn tali pertunangan yg lama..Tapi,kami berdua sepakat utk bertunang seahun ke 2 tahun demi mempersiapkan diri dan mental utk hadapi alam rumahtangga pula..Dan salah satu faktor,utk mempersiapkan poket masing2 utk belanja kenduri nanti..

Alhamdulilah, Allah sentiasa murahkan rezeki hambanya yg ingin mendirikan masjid..Yg penting,kte kuat berusaha..Bagi pasangan pengantin yg bakal mendirikan rumahtangga, tips aku mudah sahaja..Org kata,ukur baju di badan sendiri..Aku mula membeli barang2 perkahwinan sedikit demi sedikit, dan mana barang2 yg aku boleh buat sendiri (DIY) aku akan buat.contohnya,bunga pahar,bunga merenjis,bunga manggar,bunga untuk dulang hantaran,tq tag,sticker utk dilekatkan pada gift,hiasan bilik tidur,gubahan hantaran..Itu antara barang yg aku buat sendiri dan mak adalah peneraju utama dalam menyiapkan segala barang2 ini..Lan orang lain pendapatnya..Aku lebih berpuas hati kalau brg2 kawen ini disiapkan dgn hasil tangan aku sendiri..Memandangkan adik beradik aku jauh2,maka nak @ tidak,aku kena siapkn semua barang2 dan kelengkapan itu berdua dgn mak..Sikit2 lama jadi bukit...:)

Special wishes for MIA :

'Setahun sudah kita bertunang..Sebelas tahun kita saling mengenali,walau apa sekali status kita, SAYANG I,CINTA I pada u tak pernah berubah..Dalam tidak sedar, kita berdua saling memerlukan..Terima kasih menjadi sebahagian dari hidup I..Luv u..Muuuaaahhh...'

(Auwww..jgn ada yg termuntah okey..Cik Lin x pernah keluarkan ayat2 jiwang mcm ni..Sesekali aje..)


NOTE : Tak tahu nak letak gambar mana..sebab kami berdua jarang sekali gambar berdua melainkan gambar masa tunang ni..:)