Wednesday, February 23, 2011

Makin ramai yang akan bertukar status pada tahun ini...

Hi guys..Tahun ni umur aku meningkat 25 tahun..Dan satu perkara yang aku sedari dari awal tahun lagi adalah ramai dari kalangan kawan-kawan aku yang bertukar status..Tak kisah la kawan or bukan kawan or people around me..Orang kata dah sampai seru kan..Antara kawan rapat aku yang bakal menukar status adalah Jijah, Natrah, Non (adik yan), Dieyana, kawan-kawan Poslaju..Ramai lah tak terkira..Tahniah beb..!!! Mungkin usia seperti kita adalah usia yang sesuai untuk kita melangkah ke fasa yang baru..




Ayah aku yang berusia 70 tahun pada tahun ini mungkin lupa yang anak perempuan dia yang sorang ni bakal menginjak ke angka 25tahun..Tapi dia masih menganggap aku masih budak kecik,masih belasan tahun..Ohh my god..Aku takkan lupa apabila mak membuka mulut pada ayah bercakap tentang 'majlis' yang bakal diadakan jun nanti..hehe..Then mak aku pun memainkan peranan dan mengingatkan pada ayah aku yang umur aku 25 tahun dan kalau ikutkan hikayat, wahhh..kakak2 aku menamatkan zaman bujangnya pada usia 25 tahun..Kedua-duanya..Kira aku lambat sikit lah..Akhirnya,ayah aku ok..dan menerima hakikat bahawa anaknya makin tua..hehe..Cuma ada satu dua perkara yang belum mencapai kata sepakat dari bapak ku..Banyak menda rupenya kene dipikirkan..Bukan senang..Dah..tak mau cite lebih-lebih pasal tu..Hopefully it getting ok soon..!!!


Lately, aku banyak teringat pada insan2 yang pernah singgah di hati aku satu ketika dahulu..Mesti korang juga akan tetiba teringat kenangan2 lama macam aku kan..means,insan tu la..Insan2 yang pernah singgah di hati kita sejak usia kita belasan tahun dulu..Perlu diingatkan yea..singgah saja..bukan bertakhta tau..Tak tahulah,ingatan melayang-layang pada 5,6 tahun yang lepas dan juga 10 tahun yang lepas..Wahh begitu kuat memori aku..Itulah yang dinamakan kenangan..Kalau hidup takde kenangan, x bermakna la..


Those yang bakal menamatkan zaman bujang,tahniah guys..!!! Yang single telah bertukar kepada tunangan orang tu, semoga ikatan itu akan berakhir ke jinjang pelamin dan seterusnya ke anak cucu..Dan bagi ibu2 yang dah ada sorang anak tu,cpt2 tambahkan anak yea..Wish gud luck to all of u guys..

4 comments:

Anonymous said...

ooo.. nak suh tambah ank ye.. hihihihi

lazirza said...

biasalah teringat tu..tahniah....
selamat bertukar status...berdoalah semoga ayah merestuinya...

Zelinda said...

haida:ha ye la..x kan la danish sorg2 je..dia mesti nak kawan jugak..hehe..take ur time dear..

lazirza:restu tu mmg dah ada..cuma blom bersedia utk lepaskan ank pmpuan yg sorg ni ha..

G-JaH said...

hoho..cik lin pon x lama dah tu..3 bulan je lg kan..hehe..x pe lin, nnt nat n aku bg cincin mainan kat ko ye..hihi (gurau je)