Thursday, January 31, 2013

Bilik Pengantin

Halooo..

Haa seboleh-bolehnya nak abiskan entri pasal kawen ni..Tak nak pending2 lagi..Ramai yang tahu, kebanyakan persiapan kawen aku dilakukan sendiri tanpa hired orang lain..Dari bunga pahar hinggalah ke bilik pengantin..Dari sekecik-kecik hal hinggalah ke besar-besar hal..Haa amik..gila kuasa btol,sampai kan semuanya nak dibuat sendiri..Bajet btol pengantin macam aku ni kann..Bukanlah begitu..bajet memang yg perlu diambil kira bagi semua bakal2 pengantin kat luar sana tau..Selain dari bajet, kepuasan DIY mempunyai satu value tersendiri..kepuasan..Kita puas bila lakukan semuanya sendiri..Tak caya, cuba lakukan persiapan kawen sendiri..DIY utk perkara-perkara tertentu...

Bilik Pengatin dari awal lagi aku memang nak buat sendiri..Cerita pasal bilik pengantin ni, ya Allah hanya Tuhan saja yang tahu betapa kami (mak dan aku) pening memikirkannya..Untuk perabot di bilik pengantin, mak kesayangan hamba yang sponsored..Terima kasih mak..Sebelum ni memang ada perabot..Katil,almari semuanya diangkut keluar memendangkan perabot baru akan sampai..Proses nak mengemas bilik tu bukan mudah okehhh..Amat payah..!!! Perlu ganti tikar getah baru,maknanya bilik itu perlu dikosongkan..Dan kerja-kerja pembersihan ini dilakukan oleh mak,aku dan adik aku(Pak cu)..

di pintu masuk bilik
dalam proses mangangkat keluar almari itu..
bilik saya chomel saja..

Ye..bilik saya amat chomel tapi selesa sangat bagi saya..Inilah bilik yang saya duduk dari mula pindah ke rumah ini pada 1997 (ketika tu saya berusia 11thn) hinggalah saat ini tahun 2013..16tahun aku telah menetap dirumah ini..

Okehh apabila perabot baru sampai,aku dan mak amatlah terkejut sebab perabot yg sampai tu agak besar dari perabot yg asal..Sedangkan masa membeli,ukuran bilik tu telah dibawa..(Ukuran bilik amat penting utk membeli perabot lagi2 untuk bilik/ruang yg comel2 ni)..Dan kalau boleh, ukuran perabot baru mestilah sama dangan perabot asal/perabot lama..Nak buat macam mana kann..Barang dah sampai,so jom kita main puzzle..Susun atur perabot yg besar tu di ruang yg kecil ini..Lastly,kedudukan perabot baru tak sama seperti keadaan perabot asal..Terpaksa diubah sedikit susun aturnya..

bilik yg berwajah baru dgn susunan perabot yg baru..
almari di letakkan di kanan pintu..(abaikan bilik saya yg masih bersepah tu.masih dlm proses mengemas)
Haa memang pening bila perabot tak muat ni..Jadinya,bilik kelihatan sempit dan ruangan untuk solat jadi kecil saja..Itu cerita pasal sebelum bilik ini di touch up sebagai bilik pengantin..Alkisah yg tersirat sebelum jadinya bilik pengantin..Itulah dia..

Disebabkan Kak Ngah aku tak dapat nak hadir semasa hari bahagia aku, jadi dia la insan yg bertanggungjawab menghias / menata bilik aku sebagai bilik pengantin yg sangat indah..wahh indahh..!!! Aku memang tak amik tahu langsung pasal bilik pengantin ni..Cuma, ada jugak aku keluarkan idea2 aku dan apa yg aku nak pada bilik pengantin ni..Seius oii, bila mengeluarkan idea tentang bilik ini seolah-olah aku adalah wedding planner untuk majlis kawen orang..Aku rasakan begitu..Bukan macam diri sendiri yg kawen..

Dalam sarat2, kakak aku gigih siapkan bilik pengantin aku..salute la...!!! Kesibukan kerja, menyebabkan aku langsung tak amik tahu pun apa yg kakak aku buat utk jadikan bilik tu nampak berseri..Bila dah pasang,barulah aku tahu..Sesungguhnya, bilik yg cantik dari sentuhan kak ngah aku tu diabadikan di dalam lensa photographer kami..

taraaa..ini hasil kreatif tangan kakak aku..


Simple..aku sukekan sesuatu yg simple but nice..!!! Bilik pengantin ini masih kekal begini walaupun dah sebulan lebih aku berkahwin..Cuma cadar dah ditukar okehh..Cadar warna putih memang cepat nampak kotor..Memang sengaja kekalkan bilik pengantin tu hingga ke arini..Always nak rasakan mood pengantin baru tu sampai ada honeymadu..hihi..

Terima kasih jugak pada mak yg menjahit tirai putih belakang tu dan juga sarung kusyen yg warna pink..Sentuhan mak & Angah membuatkan hati ini sangat terharu..!!!

2 comments:

Unknown said...

bce kisah kwen lin..., ingat plak mjlis ida 9thn dlu...., sweet memori

Zelinda said...

alhmdulilah..9thn dh ida kawen..mmg mjlis kawen adalah mjlis terindah dlm idup kte kann..?klu bole nak ulang je saat2 tu balik..:)