Friday, December 24, 2010

Saya tidak suka PERKONGSIAN...!!!

Pagi tadi ada cite drama kat tv3,zizie ezzete berlakon.Tapi tak tahulah ape tajuk dia..sebab tengok tv kat ofis & tak berpa follow sangat jalan citenye.Tapi cite drama tu penah ditayangkan sebelum ni & aku masih ingat sikit2 jalan cite nya..Conclusion dari cite tu macam ni..Husband zizie ezzete out-station atas urusan keje.Dan semasa out-station tu,husband zizie ni terjumpa dgn makwe lama dia (orang indon)..Cinta berputik kembali setelah lama terpisah..Dan daripada diorang buat maksiat,zizie ezzete membenarkan husband dia berkahwin lagi dengan makwe indon tu..Walaupun dalam hati tak merelakan..

Kalau aku la, tak tahu nak cakap macam mana kalau situasi tu terjadi kat aku..Adakah aku akan mengambil tindakan yang sama macam zizie ezzete..????TIDAKKKKKKKK................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Aku bukanlah insan yang suka dengan PERKONGSIAN..Lagi-lagi kalau bab kongsi orang tersayang nih..Bab lain aku boleh consider lagi lah.Tapi kalau bab tu,HARAP MAAF..Daripada berkongsi orang tersayang,baik aku lepaskan saja & mengundurkan diri..Tapi,tak semestinya mengalah itu kalah...Dan aku tak boleh terima CINTA 3 SEGI..Elakkan diri dari terjerat CINTA 3 SEGI dan juga perkongsian..Macam dalam drama tu,zizie ezzete memang dia benarkan laki dia berkahwin lagi satu tapi dalam masa yang sama dia makan hati dan juga timbul rasa cemburu bila laki dia bersama ngn madu dia tu...Haduuuiiii..

Okey kepada mereka-mereka di luar sana,janganlah sesekali merampas atau cuba-cuba untuk jadi orang ke3 dalam sesuatu hubungan tu..Perlu ingat,hari ini kita amik hak orang,esok-esok hak awak pulak akan diambil..So beware..!!!Allah itu Maha Adil..

NOTE : Perkongsian itu menyakitkan...

1 comment:

lazirza said...

ha..ha...he..he...nak buat camna dah qada dan qadar relakan kerana payung emas menanti disana....