Friday, April 22, 2011

Jangan salahkan takdir sekiranya Dia bukan untuk kita

Haaa..lama tak update blog..Alih2 update dengan entri yang jeng..jeng..Entri kali ni takde kaitan sama ada yang hidup @ yang mati..Sekadar renungan bersama dan meminta anda-anda untuk berfikir..Macam kaunselor tak..???Walaupun tak berbakat di bidang kaunseling tapi aku suka mendengar masalah kawan-kawan..Apa yang aku nak,kawan-kawan aku tak terbeban dengan masalah diorang..Bila bercerita pada kawan,at least ringan sikit apa yang ditanggung kawan kita tu..Sebagai pendengar terbaik, kita hendaklah amanah..Maksud amanah kat sini adalah apa yang diceritakan kawan kita tu biarlah menjadi rahsia kawan kita dan diri kita sahaja..Tak perlulah nak jaja cerita-cerita tu kat orang lain pulak..Bagi mereka yang memerlukan pendengar @ tempat untuk mengadu,carilah orang yang sepatutnya..Kita kenal sape kawan kita, dan sape yang boleh dijadikan teman sebagai tempat mengadu..Ada keliling anda..Try find him..!!!

Ek eh macam lari dari tajuk pulak..Back to story..

Sesiapa yang ada follow aku dalam facebook mungkin macam pelik je post2 aku sejak akhir2 ni..(before deactivate)..Cuba nak kongsikan sedikit pengalaman & kisah2 yang terjadi di sekeliling kita ni..Sebagai hamba Allah yang lemah ini sudah pasti kita mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita.Tapi setiap yang berlaku dalam hidup kita telah direncanakan sejak azali lagi..Ajal, maut,rezeki, jodoh semuanya telah ditetapkan oleh Allah..Jangan kecewa sangat-sangat sekiranya Si Dia bukan untuk anda..Memanglah menyulam cinta bertahun-tahun dan banyak kenangan pahit manis dilalui bersama..Susah payah bersama..Mungkin sejak di bangku sekolah, dan mungkin sejak di zaman universiti..buat assignment bersama tp kalau dah tersurat yang dia bukan untuk kita, maka kita hendaklah redha dan tabahkan hati..


Allah tarik dia dari terus bertakhta kat hati ini kerana Allah ingin berikan yang lebih baik kepada kita..Itu yang harus kalian ingat..Jangan sesekali salahkan takdir..Malah belajar untuk redha..Jangan sebabkan dia,hidup ini menjadi titik noktah..Sebab tu dalam bercinta, jangan terlampau obses..Cuba tanya pada mereka-mereka yang pernah kecewa dalam bercinta buat pertama kali, ada tak selepas itu mereka akan obses tentang cinta..???Pastinya takk..Jawapan yang selalu aku dengar dari kawan-kawan yang pernah putus cinta..Percintaan kali kedua cukuplah berpada..Apatah lagi kalau kita telah banyak kali memberi ruang untuk memperbaiki kesilapan yang lepas..Terpulang pada diri masing-masing...setakat mana peluang yang akan diberikan..Mungkin sekali,mungkin dua kali dan mungkin tiga kali..Dan tak mungkin ada yang keempat..Kalau ada yg keempat,aduhh lembut sungguh jiwa kamu..Cukuplah bagi tiga kali peluang..Kalau tak berubah jugak,LET HIM GO..!!!

Perlu diingat,cinta bertahun-tahun tak semestinya berakhir ke jinjang pelamin..Jangan melayang terlalu jauh..Dan tak semestinya perkenalan singkat hanya berakhir sebagai teman..Ada jugak yang kekal ke jinjang pelamin..Bukannya tak ada, bercinta bertahun-tahun yang berakhir ke jinjang pelamin..ada..tapi peratus tu amatlah sedikit..Ermmm..Kisah yang boleh kita jadikan iktibar...10:1:2 fakta nombor yang anda perlu tahu..Apa yang dimaksudkan 10:1:2..???  Bercinta 10 tahun..bertunang 1 tahun dan berkahwin hanya 2 hari..Janganlah sampai terjadi begitu..Jauhkan fakta nombor tu dari hidup kita...Jadi,cubalah kita renungkan..Kepada kaum Hawa, sekiranya perkara seumpama ini diuji pada diri kita,kuatkan hati dan tabahkan hati..Jangan buat sesuatu perkara yang bodoh dalam hidup..Aku tahu,kaum Hawa lemah..tapi jangan tunjukkan kelemahan itu pada mereka..

2 comments:

lazirza said...

lain macam aje post nie....he..he..
cam ada kena tempias sikit kat abg aje..he..he...yang lepas..lepas betul tu...

Zelinda said...

opsss..terkena ke..?kbetolan kot..xpe,jadikan iktibar yea..hargai org tersyg yg ada di depan mata..jgn dia dah pergi,br kita menyesal and baru sedari kehadiran dia..post ni xde pape pun..