Sunday, October 24, 2010

Dalam proses pembelajaran

Kak Uda aku berpantang di umah Sentul.Di mana,anaknya yang sulung pun turut berada di sini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga & mendidik si kakak yang sulung ni..Anak Kak Uda yang sulung ni namanya Puteri Nur Alia..Panggilan Alia je..

Rasanya dekat sebulan tak silap aku Alia kat umah sentul dan sepanjang tu jugak la budak kecik ni menduga kesabaran auntie lin dia..Itulah susahnya kalau budak kecik ni terlampau dimanjakan sangat.Bukan tak boleh dimanjakan, tapi berpada-pada la..Dan dengan itu,aku mencabar diri ini untuk trained budak ni supaya tak kekal dengan sikap lama,yang mengada-ngada dan tak dengar kata sangat2..

Alia..

Untuk mendidik anak-anak yang nakal macam ni,kita memerlukan pendekatan psikologi..Memukul bukan cara terbaik kerana anak-anak ini akan memberontak dan tunjuk perasaan.Secara tak langsung mental anak-anak ini akan tertekan..Pada usia aku yang masih muda dan masih tidak berpengalaman mempunyai anak sendiri,aku menggunakan kemudahan internet yang ada untuk mendidik anak2 sedemikian..Perlu banyak membaca dan cuba untuk praktikkan nya..Budak2 usia begini, kita sebagai orang dewasa perlu pandai psiko mereka..Banyak artikel2 di internet yang boleh kita baca sebagai ilmu utk mendidik anak2 ini.

Tahu tak sekarang ni aku rasa,aku nak cari buku berkenaan mendidik anak-anak..kadang-kadang tak semua cara kita tu betul.Ada cara yang lebih baik..So,tak salah kalau kita belajar dari sekarang tentang ilmu ni kan..Jangan tahu buat anak je,tapi tanggungjawab untuk mendidik anak dilepaskan begitu saja..

NOTE : Sebagai seorang perempuan,sikap keibuan tu memang semulajadi wujud dalam diri walaupun aku masih belum berkahwin dan tak mempunyai anak lagi.

2 comments:

lazirza said...

ambillah sebagai pengalaman..nanti senang nak didik anak sendiri..
Abg ice blended

Hafiza Abdul Latiff said...

that's y la kita ni sebelum berkahwin kita kena bersedia fizikal & mental bukan nak kahwin je semata2...dan perkahwinan ini bukan unsur cinta semata2 tetapi kasih sayang, kejujuran, tanggungjawab, bertolak ansur, saling membimbing semua tu harus ada dlm sebuah ikatan perkahwinan baru timbul istilah "suami & isteri"....=)