Monday, March 8, 2010

Poslaju VS Kementerian Kesihatan (part 1)

Hampir 2 minggu kebelakangan ni, rasa malas utk berkeje semakin membuak-buak dalam diri..Rasa ngantok bile ngadap pc, rasa kaki tu gatal je nak berjalan sana sini..Mungkin disebabkan kerana aku 'ingin pergi'...Haha..knp aku bold kan & italic perkataan 'ingin pergi' tu...????
Paling ketara yg bdk ofis ni perasan,aku dah jarang buat OT..selalunya muke aku ni la balik lewat buat OT..Tak tahu la kenapa KEMALASAN bermaharajalela di dlm diri..wahhh..statement dahsyat..!!

Hari Jumaat (05mac2010) aku balik keje awal..Malas nak menunggu ofis lama-lama..Kalau ada pakwe kat ofis lain la kan..Boleh pandang2..jeling2..haha..Bile sampai di kawasan perumahan aku, aku terpandangkan peti surat..Sudah agak lama aku x menengok surat..Aku ni mmg malas skit nak bukak peti surat tu..Kalau xde org baru la aku g bukak..Nak tahu sbb apa..?Sebab, peti surat umah aku tu tinggi sangat dan memaksa aku utk menjingkit sedikit utk ambil segala khazanah2 yg tersimpan di dalam peti tu..So, agak x sopan la kalau anak dara terjingkit-jingkit kan..Setelah kesumua khazanah di dalam peti surat tu dikeluarkan, aku membelek satu persatu setiap surat di tangan..Tetiba mata terhenti pada sekeping surat yg agak tebal..'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA'..Mata tertumpu pula pada bahagian nama..NURZELINDA NAHARI..mula la aku mengerut-ngerutkan dahi..dan di hujung surat terdapat cop SURUHAJAYA PERKHIDMATAN AWAM'..Hati mula berdebar-debar..X sabar nak baca isi kandungan surat tu..

Setiba kat umah, aku terus bukak sampul surat tu..Aku melonjak gembira..!!!Mak ayah menjadi saksi pada aksi kebudak-budakkan ku itu..melompat x ingat dunia..





Alhamdulilah...akhirnya rezeki aku di sektor kerajaan..Aku bersyukur sangat2..Walaupun jawatan aku hanyalah Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17..Terlalu sukar buat masa ini utk mencari pekerjaan dengan kelayakan yang kita ada..Orang pertama yg aku maklumkan ttg hal ini adalah 'si dia' dan terus aku message kawan baikku a.k.a cik hafiza..Ternyata, walaupun dia sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinanya di saat2 akhir ini,masih sempat dia merasakan kegembiraan yg sedang aku rasa ini..terima kasih yang..Dan x lupa,aku bagitahu kawan ofis ku yg terapat..sakit telinga aku apabila dorang menjerit..Boleh terbakar hp aku korang menjerit macam tu..haha..

Kalau korang nak tahu, aku interview post ni tahun lepas..Bulan April..Dan keputusan interview tu diketahui Bulan Jun..Setelah semak online aku hanya lah calon simpanan selama setahun..Time tu agak kecewa jugak la..Ramai yg kata, calon simpanan ni kadang2 dorang x panggil gak..Dan dari situ,aku xde la meletakkan harapan yg terlalu tggi utk keje gomen (org2 tua selalu menyebutnye sebegitu rupa)..

Sebenarnya, aku dapat panggilan interview ni pun last minit..Lg 2ari nak interview baru aku tahu..Surat lambat sampai..salah abg posmen ke..??hehehe..Dan aku mmg macam x nak pegi interview.Sbb jauh sangat kat Putrajaya..Pukul 3pg pada hari aku sepatutnya pegi interview tu,adik aku kejut..Dia dengan sukarela nak hantar aku g interview kat SPA,Putrajaya..Aku terus bangun utk iron2 baju.Langsung x prepare pape..Aku tawakal je..Pukul 6.30pg aku dah kuar umah dengan naik moto..Sejuk sgt suasana pagi tu..Bayangkan la naik moto..Pas tu lalu highway.Kiri kanan pokok je..Mau x sejuk..??Sampai kat SPA,Putrajaya kul 7.30..Masih awal..Aku harap sgt giliran aku cepat..Alhamdulilah..pukul 10.15pg aku keluar dari bilik interview dengan muke lega..!!!Sampai umah dalam kul 11..Pinggang aku sakit sgt..Lama sgt kat atas motor..Terima kasih adik kesayanganku kerana sudi bawak kakakmu ini..i love u laa..

Berkat susah payah adik aku menghantar aku,akhirnya jawatan ini milik aku..Cuma apa yg aku risaukan, surat penempatan dan tarikh lapor diri belum aku terima lg..Aku berharap sangat agar aku ditempatkan di sekitar KL saja..Mudah-mudahan Allah mempermudahkan setiap langkahku selepas ini..Amin..



No comments: